15. Ayahanda takkan hentikan bonda dulu

423 31 9
                                    


Seminggu telah berlalu. Keadaan Jelita makin baik setelah dia berjumpa dengan pakar psykologi. Ibu memandang Jelita yang sedang duduk di laman belakang. Wajah Jelita dihiasi senyuman dan tangannya ligat melukis sesuatu. Ibu melangkah ke Jelita lalu pantas buku lukisan tersebut ditutup. Jelita memandang ibu lalu dia tersenyum.

"Kenapa tutup?" tanya ibu sambil duduk di hadapan Jelita.

Jelita memandang ibu.

"Jelita seganlah. Jelita tak pandai lukis," katanya.

"Sini ibu tengok. Seteruk lukisan Mia tak," gurau ibu.

Jelita tertawa. Dia menyelak buku lukisannya lalu dia tunjuk pada ibu. Ibu ingin memegang buku tersebut tetapi pantas Jelita menarik.

"Nanti ibu tengok yang lain. Gambar ini je yang cantik," kata Jelita.

Ibu hanya tersenyum. Dia memandang lukisan tersebut. Gambar laman belakang.

"Cantik kamu lukis. Warna yang kamu guna pun nampak macam 3D," puji ibu.

"Betulkah ibu?" Jelita ingin kepastian.

"Betul, ibu tak tipu," ibu tersenyum.

Jelita memuncungkan bibirnya.

"Rugilah macam ni. SPM dah nak dekat. Kalau Jelita tahu yang tangan ni ada seni, dari awal lagi Jelita dah tambah subjek seni," kata Jelita.

Ibu tertawa dan begitu juga Jelita.

"Ada-ada sahaja kamu ni," kata ibu bersama sisa ketawanya.

"Mana Mia dengan ayah? Hari cuti pun dia orang ada kerja?" tanya Jelita.

Ibu mencebik.

"Mia ajak ayah pergi kedai buku. Bukan ibu tak tahu, dia nak minta ayah belanja novellah tu. Kalau ajak ibu memang tak dapat, sebab tu dia ajak ayah," cebik ibu.

Jelita tertawa.

"Ayah mana boleh bu. Macam hari tu. Jelita tercakap pasal craving ais kream. Tiba-tiba dia dah siap pakai lawa-lawa. Ajak Jelita pergi beli ais kream. Buskin robbin pula tu dia belanja," petah Jelita bercerita.

"Ayah tu nampak aja garang macam tu tapi kalau anak dia nak apa-apa mesti dia tunaikan. Nilah perangai ayah, suka manjakan anak," marah ibu.

Jelita tertawa namun dia tersentuh tatkala ibu menyebut anak.

"Kakak!!!" jerit Mia.

"Hish budak ni! Ibu yang terkejut," marah ibu.

"Apa anak ayah buat dekat sini ni?" tegur ayah.

Jelita tersenyum.

"Ni anak awak melukis ni. Cantik pula saya tengok," kata ibu.

"Mana? Ayah nak tengok," pinta ayah.

Jelita menunjuk lukisannya.

"Cantiknya kakak! Cuba kakak try lukis muka orang pula," kata Mia dengan teruja.

"Betullah, lagi cantik dari Mia lukis," gurau ayah.

"Ayah!" marah Mia.

"Ayah pulangkan balik novel ni," dengki ayah sambil melangkah masuk.

Pantas Mia mendapatkan ayahnya.

"Alaaa, ayah. Macam tak biasa pula gurau macam ni," Mia mula membodek ayahnya.

Jelita hanya tertawa melihat kerenah Mia.

"Ibu masuk dululah. Petang-petang macam ni sedap juga kalau makan goreng-goreng," kata ibu sambil berdiri.

MedicineWhere stories live. Discover now