34. Hard time

277 23 2
                                    


Aaric termenung di hadapan kolam. Sudah setahun dia tidak bertemu dengan Jelita. Hubungan mereka makin renggang. Jelita juga sudah jarang menghubunginya. Aaric tidak salahkan Jelita. Dia tahu Jelita berusaha untuk tetap menghubunginya. Kekadang terlintas difikirannya untuk membebaskan Jelita. Membiarkan Jelita bahagia seperti orang biasa. Namun, tatkala dia mendengar suara gadis tersebut, dia tahu, dia perlu mempertahankan cinta mereka.

Aaric tersedar dari lamunannya. Dia memandang sekeliling. Adiknya tiada. Lan membawa mereka semua menonton wayang. Hari ini, rumah agam tersebut milik Aaric. Dia menanggalkan bajunya dan terjun ke dalam kolam. Sepanjang duduk dengan mereka, Aaric tidak pernah mendedahkan tubuhnya. Dia tidak mahu mereka lihat tattoo 'JELITA' di rusuknya. Sebab lain adalah dia tidak mahu mereka lihat kesan calar di tubuhnya. Dia perlu nampak kuat demi mereka. Hidup mereka lebih sukar dari Aaric.

Aaric menenggelamkan tubuhnya. Menguji tahap penafasannya. Dia tidak sedar bahawa yang lain sudah pulang. Aniq dan Anaqi mencari abangnya di kolam. Mereka melihat abangnya sedang berada di dalam air. Kemudian, mata mereka memandang baju Aaric. Duo tersebut sering mencari masalah.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" tanya Anaqi.

Aniq mengangguk dengan penuh teruja. Mereka mengambil baju Aaric dan melarikan diri ke dapur. Semua memandang dengan perasaan pelik. Lan pula sudah keluar selepas menghantar mereka pulang.

"Kau orang cari pasal lagi ke?" tanya Nail.

"Kali ni, kau orang mesti berterima kasih dengan kami," kata Aniq.

"Betul!" sokong Anaqi.

"Abang twin, apa kau orang buat?" tanya Daris.

Aniq dan Anaqi tersenyum nakal.

"Sepanjang duduk dengan abang, dia tak pernah tunjuk badan dia," kata Anaqi.

"Kau orang ni pervert!" marah Nail.

"Tapi.. Tapi dia abang kita," kata Haider.

"Tapi pelik juga. Kita sama-sama lelaki. Apa yang abang malu sangat?" sokong Daris.

Semua terdiam sambil berfikir.

"Aku tahu! Abang bukan macam kita. So, apa kata kita bagi dia semangat sikit. Bukan nak jadi pervert but nak abang selesa dengan kita," kata Aniq.

Mereka semua berhi-five.

"At least kita boleh bagi dia keyakinan," Nail setuju dengan adik-adiknya.

Mereka menyorok di sebalik dinding. Menunggu kemunculan abangnya. Terdengar bunyi air berkocak. Mereka tertawa kecil.

"Tunggu aku kira 1,2,3, kita sergah abang," bisik Anaqi.

Mereka menyambutnya dengan tawa halus. Kedengaran bunyi kaki melangkah mendekati mereka.

"1..."

"2..."

"3!"

"ABA.....!!!!"

Mereka terdiam. Aaric pula terkejut dengan terjahan mereka.

"The fuck! Apa kau orang buat dekat situ!" marah Aaric.

Mereka terdiam. Mata mereka semua liar memandang tubuh Aaric. Aniq menghulur semula baju Aaric. Mereka melangkah pergi tanpa sebarang kata. Aaric pelik melihat mereka.

"Kau orang okey tak?" tanya Aaric penuh kerisauan.

"SHUT UP!" jerit mereka serentak.

Aaric terkedu. Mereka melangkah ke bilik karaoke. Dia masih berdiri di tempat yang sama. Tidak percaya yang dirinya ditengking dan pelik melihat wajah mereka penuh beremosi. Tiba-tiba terjentik sesuatu di fikiran Aaric. Dia melihat tubuhnya yang tidak berbaju.

MedicineWhere stories live. Discover now