Selepas gagal dengan cubaan membunuh dirinya, Jelita memutuskan untuk meneruskan hidup. Di usianya 24 tahun ini, dia masih belum menghabiskan diplomanya kerana dia lambat menyambung pelajaran. Jelita sibuk dengan rawatan dan aktiviti bimbingan di hospital. Kini dia telah pulih tetapi tidak sepenuhnya. Dia tidak boleh mengelak dari mendapat rawatan seperti dulu. Keluarga Aaric memastikan dia tidak melarikan diri. Apa yang Jelita boleh buat adalah berlakon. Berlakon seperti dia makin sembuh walaupun kekosongan di hatinya masih kuat terasa.
Jelita melanjutkan pelajarannya di Unitar yang berada di kawasan Kelana Jaya. Dia sekarang sedang makan di cafeteria sendirian. Kawan baiknya, Rina, sedang menyiapkan assignment di library. Due date assignment tersebut adalah hari ini. Kiranya, Rina buat kerja last minute. Jelita hanya menggelengkan kepala apabila mengenangkan hal itu.
Jelita masih Jelita yang sama. Masih lagi seorang yang pandai tetapi... Penampilannya tidak seperti dahulu. Dia berpakaian longgar dan tidak mengikut trend terkini. Jelita tidak mahu jadi cantik seperti dahulu. Dia tidak mahu menarik perhatian ramai. Biarlah dirinya dicemuh kerana ketinggalan zaman asalkan dia tidak menjadi tumpuan.
"Erm.." seseorang berdehem.
Jelita mengangkat wajahnya dari memandang makanan. Seorang lelaki berpakaian serba hitam duduk di hadapannya. Topi bucket dan mask mulut bewarna hitam. Dia memandang sekeliling. Banyak lagi tempat kosong. Jelita kira bahawa lelaki ini ingin meganggunya lalu dia mengangkat makanannya dan duduk di tempat lain.
Lelaki tersebut mengekornya. Hampir lima meja dia menukar dan lelaki tersebut masih mengikutnya. Jelita mengalah. Dia memandang lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut hanya menunduk.
"Macam mana kau nak makan kalau pakai mask mulut?" tanya Jelita bagi memecahkan kebisuan antara mereka.
Lelaki tersebut seakan tersentak. Mungkin dia baru tersedar akan hal tersebut. Lama Jelita merenung lelaki tersebut. Lelaki tersebut gelisah dengan renungan Jelita. Jelita seakan kenal akan haruman lelaki di hadapannya ini. Dia cuba menarik topi lelaki itu.
"Wow, tengoklah siapa yang ada dekat sini," kata seseorang.
Jelita menarik tangannya kembali. Dia membuat wajah meluat.
"Kau nak apa Ash? Kalau setakat nak menyakitkan hati aku, baik kau pergilah," Jelita bernada jengkel.
Semenjak dia masuk ke U ini. Ash selalu mengusiknya. Ash dan Jelita sebaya. Ash juga masih belum tamat sijil diplomanya kerana ada beberapa subjek yang dia terpaksa ulang semula. Mungkin kerana dia suka bermain-main dan berfoya-foya dengan student perempuan di sini.
"Aku tak bolehlah bila nampak kau. Terasa ada aura yang menarik-narik aku," kata Ash dengan nada menggoda namun kedengaran menggelikan di telinga Jelita.
"Fine, kalau kau tak nak pergi. Biar aku yang pergi," nada Jelita makin meninggi.
Ash menarik pergelangan Jelita dan ditariknya supaya Jelita terduduk semula.
"Wow! Wow! Young lady. Don't be like this. Jangan jerit-jerit. Safe your voice for later," desah Ash.
"For later?" Jelita merentap kembali lengannya.
Ash mencengkam pipi Jelita dan menariknya dengan kuat supaya Jelita memandang wajahnya.
"Yeah, later. You know, when you under me. Moaning and screaming my name while I'm fucking you," Ash tersenyum sinis.
Jelita baru sahaja ingin melempang Ash apabila ada sesuatu terbang. Jelita memandang wajah Ash yang dibaling dengan makanan. Mereka memandang ke arah lelaki serba hitam tersebut. Lelaki tersebut seakan terkejut. Dia bangun bersama makanannya dan melangkah pergi.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...