11

437 20 0
                                    


Jelita melangkah masuk ke kelas dan ada dua pasang mata memandang Jelita. Jelita malas hendak menghiraukan Bella dan Tasya. Dia duduk di tempat duduknya dan tidak lama kemudian, Wafie melangkah masuk. Jelita menghela nafas lega.

"Jelita, kenapa lama tak datang sekolah?" tanya Bella.

Bella dan Tasya memandang Jelita dengan pandangan risau. Jelita jijik memandang perangai mereka. Barulah Jelita faham dengan maksud fake, yang Wafie pernah perkatakan.

"Tak sihat," tipu Jelita.

Mereka berdua sekadar mengangguk lalu kembali memandang kehadapan. Jelita memandang mereka dari belakang. Mereka berdua berbisik dan kemudian diselangi ketawa. Jelita berasa jengkel dengan keadaan itu. Terasa seperti mereka sedang mengatanya. Lengan Jelita disenggol. Jelita memandang Wafie yang sedang memandangnya pelik. Dia menggeleng kepala memberi tanda tiada apa.

"Nak pergi mana?" pantas Jelita bertanya pada Wafie yang sedang bangun dari duduknya itu.

"Buang sampah," kata Wafie sambil memandang Jelita dengan pelik.

Jelita sekadar mengangguk. Matanya memandang Wafie sehinggalah Wafie duduk semula di sisinya.

"Kenapa?" tanya Wafie.

"Saja," jawab Jelita.

Wafie memandang Jelita dengan mata yang dikecilkan.

"Kau takut, kan?" teka Wafie.

Pantas Jelita memandang Wafie. Adakah jelas air mukanya bahawa dia takut.

"Alah, aku tak akan tinggalkan kau lama-lama. Takut sangat rindu," dengki Wafie.

Pantas tangan Jelita memukul Wafie.

"Balik nanti sama-sama tau," kata Jelita.

"Kita baru sampai sekolah, dah cakap pasal balik," kata Wafie.

"Aku pesan aja," Jelita membuat wajah bersahaja.

Wafie tahu, ini pastinya ada kaitan dengan lebam-lebam di tubuh Jelita. Tidak lama kemudian, cikgu mata pelajaran pun masuk dan mengajar seperti biasa. Jelita memandang Wafie yang tekun melakukan latihan. Jarang dia melihat Wafie sebegitu. Jelita sengaja memandang Wafie dari jarak yang dekat.

"Kenapa?" tanya Wafie tanpa memandang Jelita kerana dia sibuk menyalin nota di papan putih.

"Sejak bila kau rajin ni?" tanya Jelita dengan niat ingin mendengki.

"Semenjak kau jadi malas dan asyik terganggu dengan kekacakkan aku," kata Wafie dengan penuh yakin.

Jelita mencebik dan membuat wajah menyampah. Dia kembali menyalin notanya. Oleh kerana dia asyik memandang Wafie tadi, dia tidak sempat menyalin nota yang telah di padam. Jelita memandang ke nota Wafie untuk menirunya.

"Lepas salin nota ni, saya nak awak semua buat latihan muka surat 13. Dah siap, hantar pada saya," arah cikgu.

"Janganlah pakai pen aku," marah Jelita kerana Wafie mengambil pennya.

"Pinjamlah," kata Wafie.

"Pakailah pen biru ni. Aku nak pakai yang hitam," kata Jelita.

Mereka berebut pen hitam tersebut. Entah macam mana, pen tersebut terjatuh dan terconteng baju Jelita. Terbuntang mata Jelita memandang garisan hitam pada bajunya.

"Wafie!" marah Jelita namun dia masih mengawal suaranya.

"Bukan salah aku," nafi Wafie sambil mengambil pen biru Jelita lalu menyiapkan latihannya.

MedicineWhere stories live. Discover now