Epilogue

340 16 0
                                    

Thanks for 11k. Thank you sooo much. Such a great feeling to bring joy to my lovely reader!!🖤🖤🖤🖤♥️♥️












Jelita terbangun dari lenanya yang panjang.  Dia memandang sekeliling. Dia di bilik Aaric.

"Aaric!"

Kelihatan Aaric tiada. Air matanya laju sahaja mengalir. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada jejaka tersebut. Tubuhnya menggeletar ketakutan.

"Ouh Jelita. Kau dah bangun," Lan melangkah masuk sambil tersenyum.

Pandangan Lan kelihatan sayu. Jelita cuba untuk tidak menghiraukanya.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanya Jelita.

"Kau pengsan semalam. Doktor kata kau stress. Jangan risau, baby okey," Lan cuba untuk tersenyum.

Jelita memandang Lan. Dia harap Lan faham maksud renungannya itu.

"Ouh. Kau nak rest. Sorry ganggu. Just nak pastikan kau okey," kata Lan.

Lan tahu bahawa Jelita ingin menanyakan perihal Aaric namun dia tidak mahu menjawabnya.

"Nanti!!" panggil Jelita namun Lan telah melangkah ke luar.

Jelita melepaskan keluhan. Dia memandang di sudut bilik. Kelihatan katil bayi berada di situ. Katil bayi yang diingininya. Dia masih ingat wajah jurujual tersebut apabila dia meminta untuk menyimpankan dahulu katil tersebut. Pastinya jurujual tersebut memakinya di dalam hati.

Perlahan-lahan Jelita bangun dari katil lalu melangkah ke luar. Mansion tersebut kelihatan sudah bersih. Bauan darah sudah hilang. Jelita terasa seperti hilang arah. Dia mahukan Aaric. Jelita rasa sungguh terasing.

Air matanya mengalir. Entahkan kerana pembawaan bayi atau pun emosinya memang tidak stabil.

'I want Aaric,' tangis hatinya.

"Kakak? Kakak okey?" Daris muncul entah dari mana.

Jelita mengangguk sambil mengelap pipinya yang basah.

"Kakak lapar," kata Jelita.

Daris sekadar tersenyum.

"Jomlah ke dapur. Kita orang memang tengah tunggu kakak," kata Daris.

Jelita memandang Daris. Mereka melangkah ke dapur.

"Kita orang?" tanya Jelita.

Daris hanya mengangguk tanpa memandang Jelita.

"Kakak!!" sapa yang lain.

Namun Aaric tiada. Nail menarik kerusi untuk Jelita duduk. Wajah Jelita kelihatan sunggul tetapi mereka semua diamkan sahaja. Mereka melayan Jelita makan seperti seorang puteri raja. Segalanya dihidangkan.

"Mana Aaric?" tanya Jelita.

Semua orang menghentikan suapan. Tiada siapa pun yang berani memandang Jelita. Tatkala mata Jelita memandang mereka, terus mereka memenuhkan mulut dengan makanan.

MedicineWhere stories live. Discover now