enjoy
Jelita terduduk di bahu jalan. Dunianya kelihatan sedang berpusing. Dia tertawa sambil memandang Rizki, Iman dan Rashid. Tubuhnya yang terasa panas itu tidak mampu disejukkan oleh angin malam walaupun pakaian yang menutup tubuhnya sangat sikit dan nipis. Rizki tersenyum memandang keadaan Jelita.
"Sekarang, kau dengar cakap kita orang," kata Rizki sambil bertinggung di hadapan Jelita.
Jelita tersenyum manja di hadapan mereka.
"Satu... Dua... Tiga..." kira Jelita lalu menoleh kebelakang.
Mereka bertiga tidak faham melihat gelagat Jelita.
"Apa kau buat?" tanya Iman.
"Aku tunggu Wafie," kata Jelita diselangi ketawanya.
Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Apa yang kau merepek ni?" tanya Rashid.
"Aku nak Wafie. Sini. Wafie datang. Mesti punya," jawab Jelita merapu.
Rashid menghulur Rizki sebotol lagi minuman keras.
"Aku rasa dia belum cukup mabuk," kata Rashid.
"Sebab tu dia boleh sebut lagi nama orang lain," sambung Iman.
"Tapi kenapa Wafie?" Rizki bertanya dengan penuh curiga.
"Wafie duduk sebelah dia. Lagi satu, Wafie aja yang suka cari pasal dengan dia," kata Iman.
Rizki tersenyum sinis.
"Kalau Wafie ada, mesti dia nak tumpang sekaki," kata Rizki dengan penuh yakin.
Rizki mencengkam pipi Jelita tetapi Jelita menepisnya. Iman berdiri di belakang Jelita lalu dia memegang lengannya. Jelita meronta namun rontaannya lemah.
"Minum ni! Lepas ni kita sama-sama pergi ke syurga," kata Rizki sambil memaksa Jelita meneguk minuman keras itu.
Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Mereka bertiga berdiri sambil melihat gerangan yang keluar dari kereta BMW tersebut. Kereta tidak di matikan menyebabkan lampu yang menyuluh, menyilaukan mereka. Mereka terkejut apabila mendapati bahawa gerangan yang memandu kereta tersebut adalah Wafie. Rizki tersenyum.
"Macam mana kau tahu kita orang dekat sini?" tanya Rizki.
Wafie tidak menjawab. Dia memandang ke arah Jelita yang sedang terbatuk dek kerana tersedak.
"Kebetulan betul sangat ni, Wafie. Jomlah join kita orang merasa si Jelita ni," kata Iman.
Wafie mendekati Jelita lalu dia menyangkut sut hitamnya di bahu Jelita. Mereka bertiga tertanya-tanya dengan perlakuan Wafie.
"Tak akanlah kau nak merasa dia seorang. Kita orang yang penat tangkap dia," marah Rashid.
Mencerlung mata Wafie memandang mereka. Tanpa teragak-agak, Wafie melangkah ke Iman lalu dia menghadiahkan penumbuk. Rashid yang melihat keadaan itu tidak tinggal diam. Dia cuba menyerang Wafie namun Wafie dapat mengelak. Rizki mengambil peluang itu untuk membawa Jelita lari.
"Wafie," Jelita memanggil Rizki.
"Lebih baik kau diam!" herdik Rizki.
Patutlah Rizki rasa tidak sedap hati apabila Jelita mula menyebut nama Wafie tadi. Wafie yang melihat Jelita di bawa lari, lantas dia menyelesaikan Iman dan Rashid.
"Wafie. Kau nak bawa aku pergi mana, Wafie?" tanya Jelita yang fikirannya sedang bercelaru.
"Shit! Kau boleh diam tak bitch! Aku bukan Wafie!" marah Rizki.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...