37. Undercover

275 16 4
                                    


This gonna be hella long..

                                   --


Aaric menyelinap masuk ke kawasan musuh sendirian tanpa sebarang back up. Dia dibekalkan hanya dengan dua pucuk pistol. Fikirannya ligat berfikir cara menumpaskan musuhnya yang dikenali sebagai Adrian. Dia tahu dia diberi pilihan lain tetapi ini yang dia mahu. Adik-adiknya diserahkan pada ayahanda. Jelita dihantar pulang ke keluarga angkatnya. Perkhawinan dia dan Marny diterima dan bakal dilangsungkan setelah dia selesai misi undercover. Itu pun jika dia pulang dengan selamat.

Jelita pulang ke rumah dan ibu dan ayah sedang menunggunya di ruang tamu. Mereka baru sahaja ingin memarahi Jelita tetapi terus mendiamkan diri apabila melihat wajah tersebut pucat. Jelita jatuh terjelepuk di lantai. Air matanya menitik dengan laju. Ibu dan ayah menerpa dia. Mia menyusul.

"Kakak! Kakak kenapa?!" tanya Mia dengan cemas.

Jelita memandang mereka seorang demi seorang. Terdengar bunyi derap langkah berlari di belakangnya.

"Kakak!"

Lima orang lelaki gagah memeluk Jelita.

"Kau orang ni siapa?" tanya ayah.

Jelita menangis di pelukan mereka.

"Adik.. Adik Aaric," kata Nail.

Ibu, ayah dan Mia terdiam.

"BALIK!!" jerit seseorang.

Pantas ayah berdiri. Ibu dan Mia berlindung di balik ayah.

"Kau buat apa dekat tempat aku?!" marah ayah pada Tuan Muzafar.

"Aku datang untuk ambil anak-anak aku," garang Tuan Muzafar bersuara.

"Nampaknya, anak-anak kau lebih suka rumah buruk aku ni dari mansion belian kau," perli ayah.

Tajam Tuan Muzafar memandang ayah.

"Pulangkan abang kami!!" kata kembar.

Ayah memandang mereka dengan wajah bingung.

"Ini keputusan Aaric. Kau orang tak ada pilihan selain ikut ayahanda balik," tenang sahaja suara Tuan Muzafar.

Jelita bangun lalu melangkah ke Tuan Muzafar. Kolar baju Tuan Muzafar dicengkamnya. Ayah dalam mood berjaga-jaga namun Tuan Muzafar hanya membiarkan sahaja Jelita.

"We suffered because of your stupid old attitude! Tuan buat semua ni sebab dendam dengan Tuan Al Hilal. Betulkan?! Apa tuan buat ni sama aja dengan Tuan Al Hilal. You should know how this pain felt better than us! Look at you! Repeating your own father's mistake! Hentikan semua ni tuan. Aaric face resembles her mother, right? I know you love her mother damn much. Please stop all of this nonsense. Jangan seksa Aaric. Lepaskan dia orang juga. They maybe are your  mistake but they deserve life," rayu Jelita.

Tuan Muzafar memandang Jelita yang melepaskan kolar bajunya. Matanya beralih pada anak-anaknya pula.

"Apa yang dah terjadi semuanya bersebab. Nail, Aniq, Anaqi, Daris, Haider. Kelahiran kau orang adalah satu kesilapan yang ayahanda tak boleh tarik balik," kata Tuan Muzafar.

Mereka berlima tersentak. Hati mereka bagai ditujah belati bayangan. Pedihnya tidak terkata tatkala ayah kandung sendiri berkata begitu.

"Tapi kau orang dan Aaric membesar sebagai anak ayahanda. Now i come to claim my sons. Anakanda-anakanda ayahanda," suara Tuan Muzafar kedengaran ikhlas.

Sekelip mata hati mereka terpujuk. Ayat tersebut ibarat penawar. Mereka berdiri di belakang Jelita.

"Betulkan balik keadaan ayahanda. Bawa pulang abang," rayu Haider.

MedicineWhere stories live. Discover now