2

676 40 0
                                    


Jelita sedang bersenang lenang di atas katil sambil memeluk bantal BT21 miliknya. Matanya tidak lepas dari memandang skrin handphone. Menilik dan mengkaji fashion terkini.

"Ting!" message dari group whatsapp.

Jelita membuka ruang chatting. Ada satu gambar dihantar Kamil lalu dia download.

"What?!!" pantas Jelita bangkit dari pembaringannya.

'Like how gambar ni boleh ada dekat Kamil?!' desis hati Jelita.

Chat seterusnya masuk dari beberapa orang rakan sekelasnya. Jelita hanya menjadi silent reader. Seketika dia menarik nafas lega kerana tiada seorang pun yang faham dengan gambar tersebut.

'Tattoo naga tu. Cuma aku dengan Daniel sahaja yang tahu. Macam mana Kamil boleh hantar gambar ni?......... Oh ya. Dia orang kawan baik. Boleh jadi Daniel hantar dekat Kamil. Nasib baik tak nampak muka,' kata hati Jelita.

Jelita melihat list ahli group dan ada satu nombor yang tidak di kenali. Pantas Jelita simpan nombor tersebut di contact list. Dia tahu itu nombor Wafie walaupun nombor yang lain dia tidak simpan. Jelita bangun dari katilnya. Dia melangkah ke balkoni. Tubuhnya kedinginan kerana angin malam ini bertiup agak kuat. Pakaiannya juga mengundang dirinya kesejukkan. Dia hanya bert-shirt putih lengan pendek dan berseluar pendek separas atas lutut berwarna merah.

'Jadi, Wafie mesti tahu yang gambar dia dah tersebar,' bisik hatinya.

Sesekali Jelita menguak rambut panjangnya ke belakang. Terasa diri diperhatikan, pantas Jelita memandang pinggir jalan. Ada sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri di hadapan rumahnya sambil melihat Jelita. Jelita tidak dapat mengecam wajahnya kerana ditutup topi. Oleh kerana takut, Jelita bergegas masuk ke dalam biliknya. Pintu balkoni dikunci lalu dia terus pergi tidur.

Jelita menoleh tempat duduk belakang. Daniel tidak hadir dan tak mungkin akan hadir dalam masa terdekat ni. Mata Jelita menoleh pula Wafie dan dia terkejut kerana Wafie sedang merenungnya. Jelita hanya menjeling Wafie lalu dia kembali mentelaah buku. Minda Jelita tidak fokus kerana telinganya terdengar-dengar semua orang bercerita mengenai gambar malam semalam. Jelita kembali memandang Wafie. Wajah Wafie sangatlah tenang dan bersahaja.

"Ikut aku sekejap," kata Jelita pada Wafie.

Jelita berdiri sambil menyandang begnya.

"Tak nak," kata Wafie tanpa memandang wajah Jelita.

Jelita kembali duduk.

"Lebih baik kau ikut aku. Ini untuk kebaikkan kau juga," bisik Jelita.

Wafie menoleh Jelita dan menyebabkan jarak mereka menjadi dekat. Jelita terkedu.

"Apa jaminan kau?" Wafie sengaja ingin bermain tarik tali.

Jelita ingin memaki hamun Wafie namun ditahannya menyebabkan bibirnya tergerak-gerak. Wafie memandang bibir Jelita dan dia tertawa halus. Dia tahu Jelita sedang menahan marah.

"Ok, jom," Wafie mengalah.

Baru sahaja Wafie ingin menyentuh dagu Jelita, Jelita terlebih dahulu bangun dan melangkah ke luar kelas. Entah kenapa Wafie melepaskan nafas berat. Dia bangun lalu mengekor langkah Jelita. Jelita membawanya ke perpustakaan.

'Heh. Aku dah serik nak berduaan dekat tempat yang jauh dari semua orang. Pisang tak akan berbuah dua kali,' desis hati Jelita.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sunyi bukan kerana pelajar senyap tetapi tiada seorang pun di sini. Jelita membawa Wafie ke tempat yang agak tersorok.

MedicineWhere stories live. Discover now