Sorry yang dah tunggu lama. Things happen. Now enjoy
--
Aaric termenung di dalam biliknya. Dia dengar pergaduhan antara Jelita dan ayahanda semalam. Dia tidak tahu apa yang Jelita marahkan namun dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Betulkah dia dan Jelita tiada apa-apa hubungan? Tatkala dia terpandangkan Jelita, hatinya terasa lain. Apabila Marny muncul, jiwanya rasa kosong. Segalanya sungguh mengelirukan. Aaric buntu. Setakat ini, cuma ayahanda sahaja yang dia boleh percaya. Atau, patutkah dia percaya akan firasatnya?
"Good morning handsome".
Hati Aaric berbunga-bunga. Dia memandang ke pintu dan hatinya terus membatu. Bibirnya tetap juga mengukir senyuman.
"Morning, Marny," sapa Aaric.
'Kau tak boleh macam ni Aaric. Marny tu tunang kau,' bisik hati Aaric.
Marny meletak mangkuk bubur di meja tidur.
"By the way, I ada bawa bubur. I tak reti masak so I beli aja," Marny duduk di hujung katil.
Aaric tersenyum.
"You so thoughtful," Aaric cuba mencari kasihnya yang hilang di hati.
Marny tersenyum pada Aaric. Jujur, Marny memang cantik.
"I busy hari ni. Kawan-kawan I ajak buat kuku. You okey,kan? Kalau apa-apa hal bibik boleh tolong you," Marny masih tersenyum.
'Penting sangat ke kuku tu dari tunang yang sakit ni?' Aaric mempersoalkannya di hati.
"Tak apa, pergilah," Aaric cuba membuat nada merajuk.
Marny tersenyum lebar.
"Thank you, i love you," Marny bernada ceria.
"I lo...."
Telefon Marny berbunyi.
"Hello?... Okey ...... Okey... I tunggu tempat biasa," wajah Marny kelihatan gembira.
Talian dimatikan dan dia memandang Aaric.
"You cakap apa tadi?" tanya Marny.
"Marny, can you please ....."
Telefon Marny berbunyi lagi.
"We talk later, yeah?" Marny terus keluar.
'Don't go....' desis hati Aaric.
"Kakak..."
"Are you okey?" tanya kembar.
Jelita tersenyum pada kembar.
"I'm perfertly fine," senyuman tidak lekang di bibir Jelita.
Mereka berlima memandang jari Jelita yang terluka.
"Kakak, abang hilang ingatan. Malah dia dah tunang dengan orang lain," kata Haider.
Jelita memandang mereka dengan pandangan pelik.
"So?" tanya Jelita.
"Point Haider is, kenapa kakak happy sangat? Siapa belajar masak sampai luka jari," sampuk Nail.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...