26. Jelita, leave!

358 19 8
                                    




Jelita termenung di bilik rehat. Aaric tak balik juga malam tadi.

"Hei girl," tegur Finaz.

Mereka berbalas senyuman. Finaz duduk di hadapan Jelita.

"Siapa jaga dekat depan?" tanya Jelita.

"Kak Faiza. Tak ramai pun," kata Finaz.

Jelita sekadar mengangguk. Finaz perasan akan perubahan Jelita.

"You fikir pasal bos ke?" tanya Finaz.

Pantas Jelita memandang Finaz.

"Kenapa pula saya nak fikir dia?" tanya Jelita dengan pelik.

Finaz hanya merenung Jelita. Dia tahu apa yang terjadi antara Jelita dan Wafie. Malah, dia melihatnya. Jelita mengeluh.

"Taklah. Saya fikir pasal orang lain," kata Jelita.

"You know what? Sekarang giliran you pula cerita dekat I," kata Finaz.

Jelita memandang tepat ke mata Finaz.

"You boleh ke percaya dengan cerita saya?" tanya Jelita.

"I percaya semua yang keluar dari mulut you," kata Finaz.

Jelita tahu yang Finaz cuba untuk menyakinkan dia.

"Saya dulu anak orang kaya. Then, one day family saya excident and saya hilang semuanya. So, ada one boy ni. Awalnya kita orang musuh but dia sentiasa ada untuk saya. Jadi, dia bawa saya balik. Saya tinggal dengan parent dia," kata Jelita sambil tersenyum.

"Jadi you fall in love and kau orang bercinta?" tanya Finaz.

Senyuman Jelita mati.

"I don't know," kata Jelita.

"Apa maksud you yang you tak tahu? I nampa you tersenyum dan I tahu maksud senyuman tu. You in love. Or... Cinta you just one side? Dia tak cintakan you?" tanya Finaz.

"I don't know. Dia selalu protect saya. Dia bagi saya semangat baru. Dia selalu ada. Saya bahagia bila dengan dia. Kita orang tak pernah confess to each other tapi saya tahu, perasaan kami mutual. Until one day, ada someone datang. Saya baru tahu yang dia just anak angkat. So, literally parent betul dia datang. Dia orang ambil dia dari saya," wajah Jelita kelihatan marah.

"Sekarang you dah underage. Parent dia dah tak boleh nak kawal dia," kata Finaz.

"Tak semudah tu. My boy bukan orang biasa. TAPI..." Jelita tersedar yang dia hampir terlepas cakap. "Kita orang dah jumpa semula. Banyak perkara tentang dia yang saya dah ketinggalan. Sebab tu kita orang gaduh. Dia busy dengan kerja. Memang kita orang dah meet semula but saya dah tak kenal dia lagi. Terasa dia ada tapi jauh. Dia tak pernah nak open dengan saya," kata Jelita lagi.

Finaz terdiam.

"Wow. Complicated. Then, apa you buat? You dah try cakap dengan dia?" tanya Finaz lagi.

Jelita tidak mahu Finaz tahu yang mereka tinggal bersama dan Aaric dah seminggu lebih tidak pulang.

"Saya tunggu masa yang sesuai," keluh Jelita.

"Tok! Tok! Tok!"

Mereka berdua memandang ke arah pintu. Wafie sedang memandang mereka dengan senyuman.

"Jelita, boleh saya jumpa awak dekat office?" tanya Wafie.

Jelita memandang Finaz dan Finaz sekadar tersenyum.

"Go," bisik Finaz.

Jelita bangun lalu mengekor Wafie ke office. Mereka melangkah masuk ke dalam office dan Wafie duduk di tempatnya, Jelita pula duduk di hadapannya.

MedicineWhere stories live. Discover now