19. Heal by time

392 21 10
                                    


Ayahanda tersenyum gembira apabila melihat Aaric sedang bersuka ria. Lebih tepat lagi sebenarnya dia mabuk. Semenjak dua tahun lepas, Aaric dah banyak berubah. Dia mula menerima dirinya sebagai mafia. Misi demi misi yang ayahanda beri akan dilaksanakan dengan gembira. Ayahanda tidak tahu apa yang terjadi semasa Aaric berjumpa Jelita namun dia suka dengan diri Aaric yang sekarang.

"Apa yang tuan dah buat dekat dia?" tanya Aman.

"Aku tak buat apa-apa pun," jawab ayahanda.

"Macam mana dia boleh berubah? Dua tahun lepas masa dia larikan diri, macam mana tuan tahu dia akan balik? Apa yang dah jadi masa dia larikan diri tu, sampai dia boleh berubah macam ni?" tanya Aman.

Ayahanda tergelak dengan semua pertanyaan Aman.

"Aku tak tahu apa yang dia dah buat masa dia larikan diri dulu. Apa yang pasti, dia buat keputusan yang tepat," kata ayahanda.

"Tuan Aaric tu, dia makin lama makin jadi macam kita. Saya tak nafikan kekuatan dia. Latihan dia pun makin lama makin mencabar tapi dia boleh hadap dengan tenang. Dia saling tak tumpah macam tuan cuma..." pujian Aman terhenti.

"Cuma?" tanya ayahanda.

"Saya dapat banyak aduan dari atasan. Tuan Aaric selalu langgar peraturan. Datang meeting lambat dan tak ikut dress code yang ditetapkan. Itu belum lagi masa jalankan misi. Tuan Aaric main-main masa tengah misi. Banyak kali dia hampir terbunuh," adu Aman.

Ayahanda mengeluh.

"Spoil brat," kata ayahanda perlahan.

Kelihatan dua orang lelaki memapah Aaric dan membawa dia pulang ke kamar.

"Saya pelik dengan Tuan Aaric. Tuan bagi dia misi untuk cari adik-adik dia, tapi dia banyak buat misi-misi besar sahaja," kata Aman.

Ayahanda terus terfikir benda yang sama.

"Kalau nak diikutkan, cari adik-adik dia lagi senang dari misi-misi yang lain," kata ayahanda.

Aman mengangguk. Ayahanda mula mencurigai Aaric.

"Aku nak kau periksa semula coordinate dia orang berlima. Dia orang masih dekat tempat yang sama atau dah pindah ke tempat lain," arah ayahanda.

"Baiklah," Aman mula menjalankan tugas.

Ayahanda melangkah ke kamar Aaric. Pintu bilik ditolak dan dia tiada di dalam bilik. Ayahanda mula rasa tidak senang. Setahu dia, Aaric kelihatan sangat mabuk tadi tapi kini dia hilang. Kakinya melangkah ke balkoni dan matanya menjengah ke luar. Kelihatan Aaric sedang duduk di halaman depan mansion sambil melihat air pancut. Ayahanda bergegas mendapatkan Aaric.

Dia berdiri agak jauh dari Aaric. Kelihatan Aaric hilang dalam lamunannya. Semenjak dua tahun lepas Aaric jelas banyak berubah namun ada satu perangai Aaric yang mengundang tanda tanya di hati ayahanda. Setiap malam Aaric suka duduk di hadapan air pancut tersebut. Kekadang tangannya akan bermain-main dengan air yang berada di dalam kolam tersebut.

"Aaric," panggil ayahanda.

Aaric tidak menoleh. Ayahanda melangkah mendekatinya dan duduk di sebelah Aaric.

"Apa yang kau tengok?" tanya ayahanda.

"My future," Aaric menunjuk ke arah tugu air pancut tersebut.

Ayahanda tertawa kerana dia tahu anaknya mabuk. Aaric memandang ayahanda yang tergelak itu lalu dia tersenyum.

"Kau tak boleh kahwin dengan dia," kata ayahanda.

"We already married," jawab Aaric.

Ayahanda sekadar mengelengkan kepalanya. Dia tahu perbualan ini akan jadi makin merepek. Ayahanda menarik nafas dalam sebelum bertanya.

MedicineWhere stories live. Discover now