41. Hello

319 19 12
                                    

5.29 is my birthday 🥰🥰🥰🥰. 29/05/1999. Agak2 ada kembar tak? Or yang sebaya😁😁😁

Enjoy guys~~






"Aaric!!" jerit satu suara.

Aaric terbangun dari tidurnya. Dia terpandangkan Lan lalu memeluk tubuh tersebut. Lan dapat rasakan tubuh Aaric menggeletar.

"Kenapa kau dekat sini?" tanya Aaric tatkala dirinya sudah tenang.

Dia melepaskan tubuh Lan.

"Kau suruh aku teman kau tidur semalam," kata Lan.

Lan menepuk-nepuk bahu Aaric bagi menenangkannya. Aaric menyarut wajahnya. Dia mendapat mimpi yang sama.

"I'm sorry. Kau boleh pergi," kata Aaric perlahan.

Lan memandang Aaric.

"Sebab ni ke kau suruh aku teman kau tidur? Kau mimpi apa?" tanya Lan penuh perihatin.

"Not your business," suara Aaric mendatar.

"Dua tiga hari ni kau nampak tak terurus sebab mimpi ni ke?" Lan cuba berlembut.

Lama Aaric mendiamkan diri sebelum mengangguk.

"Betul ke apa yang aku buat?" tanya Aaric sambil memandang Lan.

Pandangan Lan menjadi sayu.

"Kau happy dengan perbuatan kau?" tanya Lan.

Aaric tertunduk.

"Tapi ini yang terbaik untuk semua orang," keluh Aaric.

Lan bersandar di kepala katil.

"Kau pasti ke apa yang kau buat adalah yang terbaik untuk semua orang? Aaric, kau mungkin hilang ingatan tapi kau masih lagi orang yang sama. Stop Aaric, please utamakan kebahagiaan kau. Please be selfish. Kau ibarat adik aku Aaric. Aku tak nak tengok kau macam ni," luah Lan.

Aaric hanya diam.

"Aku keliru. Aku percayakan ayahanda sebab dia ayahanda aku. In the same time, aku juga percayakan Jelita," kata Aaric.

"Kenapa kau percayakan Jelita?" tanya Lan.

Lan merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Aku tak tahu. Aku ..... Selepas aku keluar dari hospital. Aku terkurung dekat bilik ni. Aku rasa terasing dan aku tak kenal semua orang. Even kau orang kata Marny tunang aku, still aku rasa terasing. Sampailah one day Jelita muncul. Sekelip mata aku jatuh kasih dengan dia. Aku tahu perasaan ni salah. Aku tunang orang. Tapi Jelita tak tinggalkan aku. Walaupun ayahanda kasar dengan dia, still dia datang balik pada aku. She make me feel like home.

"Dia datang untuk check aku. Bersusah payah belajar masak demi aku sampaikan jari dia terluka. Tolong aku itu dan ini. Perkara basic yang Marny sendiri tak nak buat. Aku lost tapi dia tunjukkan aku jalan. Dia tak putus asa dengan aku sampailah aku suruh dia pergi. Aku tak tahu kenapa tapi aku menyesal," tangis Aaric.

"Kalau kau tak boleh lepaskan keduanya. Bawa kedua-duanya masuk dalam hidup kau. Then kau pilih," Lan menguap, " Tapi aku rasa, kau dah tahu pilihan hati kau. Just be selfish. Kalau Jelita mampu bahagiakan kau, jangan lepaskan dia. Aku bukan nak sebelahkan dia but, aku tak nak kau tarik Jelita supaya kau boleh bernafas manakala Jelita pula terpaksa kelemasan demi kau. Kau percaya Tuan Muzafar sebab dia ayahanda kau. Aku bukan nak kata dia penipu tapi kalau kau tak boleh terima kebenaran Tuan Muzafar, better kau cari jawapan sendiri. Jangan seksa diri kau. Jelita pula kau jangan risau. Makin kuat ditolak, makin dia teguh berdiri. Dia sama macam kau, rapuh. Tapi tetap bertahan walaupun ada serpihan yang hilang," dengan itu Lan berlayar ke alam mimpi.

MedicineWhere stories live. Discover now