28. Don't hold yourself

515 25 2
                                    




Jelita mula mundar-mandir. Dia mendapat pesanan ringkas dari Lan yang mengatakan bahawa malam ini adalah malam terakhir Aaric di sini. Jelita perlu lakukan sesuatu. Dia tak akan tahan Aaric untuk pergi tapi Aaric tak boleh pergi dengan keadaan mereka macam ni. Jelita akan biarkan Aaric pergi tetapi, dia tidak mahu terputus hubungan. Jelita tidak kisah jika selepas esok, hubungan mereka menjadi hubungan jarak jauh, asalkan dia tahu yang Aaric sentiasa ada.

Jelita melangkah ke luar lalu masuk ke tempat Aaric. Lan terkejut dengan kemunculan Jelita. Jelita memandang keliling dan Aaric tiada. Pastinya ada di dalam bilik. Tanpa berkata apa-apa dengan Lan, Jelita terus berlalu ke bilik Aaric. Tombol dipulas namun pintu tidak terbuka. Aaric mengunci dirinya di dalam. Jelita mengetuk-ngetuk. Dia tidak mahu bersuara kerana dia tahu, Aaric tak akan buka pintu itu jika Jelita yang berdiri di luar.

"Dahlah Jelita. Dia tahu kau yang ketuk pintu," Lan memecahkan kebisuan.

Jelita mengeluh.

"Aku tak bersuara pun. Macam mana dia tahu?" Jelita merenung pintu di hadapannya.

Mata Lan tidak lepas dari memandang televisyen.

"Biasanya aku ketuk tiga kali sahaja. Selebihnya aku maki," kata Lan.

Jelita berpeluk tubuh sambil merangka rancangan lain. Aaric di dalam bilik hanya tersenyum. Tangannya sebuk mengilap senapangnya. Sehari suntuk dia melakukan itu. Semua jenis senapang dan pisau diletakknya di atas meja dan dibersihkan. Beberapa jam telah berlalu.

"Tok! Tok! Tok!"

Aaric memandang sekilas ke arah pintu. Dia tahu siapa di luar lalu dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

'Selagi aku ada dekat sini, dia tak akan putus asa,' desis hati Aaric.

Terdengar bunyi tangisan. Aaric mengeluh. Dia tak suka jika Jelita menangis.

"Aaric! Jangan pergi! Aku... Aku tak halang kau cuma... Kau tak boleh pergi macam ni. Antara kita tak selesai lagi," tangis Jelita.

Jelita merayu dan terus merayu. Aaric melangkah ke pintu dan unlock kunci. Dia melangkah ke mejanya semula untuk membersihkan senapang. Jelita terus menangis dan merayu di luar sana. Aaric menunggu Jelita namun pintu masih tidak dibuka. Aaric pasti yang Jelita dengar dia unlock pintu tadi.

"Dahlah Jelita. Kau asyik menangis aja. Kau ingat Aaric nak tengok muka kau menangis? Seram kau tahu tak?" kata Lan.

Aaric mengangguk menandakan dia setuju kecuali part yang seram itu. Jelita berhenti menangis dan kedengaran dia melangkah pergi. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu diketuk lagi. Aaric mengeluh.

"Yoo, Aaric! Bukalah pintu. Aku ada surprise," kata Jelita.

Berkerut dahi Aaric mendengar nada Jelita.

"HAHAHAHAHAHAHA! Apa benda dekat leher kau tu? Kau ingat yang kau tu ahli 4u2c ke?" Lan tertawa berdekah.

"Kelakar, kan? Aaric kau kena tengok ni," kata Jelita.

Lan masih ketawa berdekah. Aaric mencapai phonenya lalu dia menekan sesuatu. Mereka tak tahu yang Aaric ada letak kamera di ruang tersebut. Dia lihat Jelita memakai topi dan menjadikan cd sebagai kalungnya. Jelita memuncungkan bibirnya sambil memandang Lan yang masih ketawa.

"Aduh! Lebih baik kau balik tukar baju. Aku tak tahan tengok kau. Kelakar," kata Lan.

Jelita mencengkam kolar baju Lan lalu dia berkata sesuatu. Aaric tidak mendengarnya tetapi jelas riak wajah Lan terpaku. Wajah Jelita kelihatan begis lalu dia melangkah pergi.

'That my girl,' Aaric tersenyum.

Aaric menutup telefonnya dan kembali menyambung kerja. Beberapa jam telah berlalu. Pelik, Aaric asyik menjeling ke pintu. Dia tertunggu kehadiran Jelita.

MedicineWhere stories live. Discover now