Jelita menoleh ke tempat duduk Wafie dan dia tiada. Fikirannya teringat akan hal semalam. Dia bangun dari tidur dan dia berada di atas katil di kondo Wafie. Pakaiannya pula mencurigakan. Jelita tidak ingat sangat apa yang terjadi pada malam itu. Dia hanya ingat selepas dinner, dia bertemu dengan Rizki. Dirinya di bawa lari dan segalanya blank. Kemudian dia ingat. Dia duduk di riba Wafie. Wajahnya memanas apabila teringatkan kejadian itu. Dia ingat setiap gerak tubuhnya masa itu cuma dia tidak ingat apa yang dia dan Wafie perkatakan.
'Jadikan aku alasan terakhir untuk kau hidup.'
Itu sahaja yang diingatinya. Jelita jadi tertanya-tanya kenapa Wafie berkata begitu. Banyak yang dia ingin bertanyakan tetapi takut kenyataannya akan memalukan dia. Jadi, dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Ketika Jelita sedang berperang dengan perasaannya sendiri, tiba-tiba ada sekeping kertas jatuh di atas mejanya. Jelita ambil lalu dia meluruskan kertas yang direnyukkan itu.
"What..." Jelita terkejut.
Kertas tersebut adalah gambar dan yang paling mengejutkan adalah, gambar tersebut adalah dia. Dalam gambar itu, dia memakai baju merah. Jelita memandang ke hadapan dan ada dua pasang mata sedang memandangnya. Tasya dan Bella.
'Macam mana dia orang boleh ada gambar aku masa malam dinner ni?' desis hati Jelita.
"Jumpa kita orang lepas sekolah," bisik Bella.
Jelita memandang dia orang dengan kening yang dikerutkan. Entah apalah bala yang akan menimpanya kali ini. Sedar tidak sedar, waktu matapelajaran pertama telah tamat. Terasa ada seseorang mendekati Jelita lalu dia duduk di sebelahnya. Tidak toleh pun Jelita sudah tahu bahawa itu adalah Wafie.
"Jelita, cuba pandang aku. Ada nampak apa-apa perubahan tak?" tanya Wafie.
Jelita sedikit pun tidak menoleh.
"Hmm. Nampak. Aku nampak yang kau ponteng kelas," kata Jelita dengan selamba.
Kedengaran Wafie merengus. Kemudian, Wafie menyinggul siku Jelita.
"Jelita," panggilnya lagi.
"Hmm?" jawab Jelita acuh tak acuh.
"Pandanglah aku," kata Wafie.
"Hmm," jawab Jelita.
Jelita sebenarnya terganggu dengan kata-kata Bella. Apakah yang mereka mahu dari Jelita. Apakah kaitan dengan gambarnya itu?
"Jelita tengok ni, ada jerawat dekat muka aku," Wafie masih gigih mencari perhatian Jelita.
"Okey," jawab Jelita.
"Kau memang tak nak tengok muka aku ke?" suara Wafie kedengaran seperti merajuk.
"Hmm," Jelita masih lagi menjawab dengan nada yang sama.
Wafie bangun lalu dia melangkah ke luar. Mata Jelita sedikit pun tidak memandang Wafie. Dia masih setia memandang ke buku latihannya.
"Weh! Kau nampak tak tu?" tanya Bella.
"Gila kacak weh!" Tasya bernada teruja.
"Kalau sebelum ni aku suka dia sebab dia tengku. Sekarang aku suka dia sebab dia memang kacak," kata Bella.
'Fake,' satu sahaja perkataan yang berbisik di hati Jelita.
Bukan sahaja Bella dan Tasya, malah hampir satu kelas, terutama pelajar perempuan, memuji seseorang kacak. Jelita malas hendak mengambil tahu. Dia ada masalah yang lebih besar yang patut dia fikirkan sekarang ini. Tidak lama kemudian, guru mata pelajaran seterusnya masuk. Bayang Wafie tidak kelihatan sehinggalah waktu persekolahan tamat.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...