18. Hurt

389 18 2
                                    


Jelita sedang menuju ke hospital. Dia ada satu jam lagi sebelum makan malam bersama keluarga Wafie. Matanya memandang ke langit. Bulan penuh itu kelihatan cantik. Jelita tersenyum.

"You asked how deep I feel for you,

And how much I love you,

I won't ever change, we will be the same,

The moon represent my heart."

Jelita nyanyi dengan nada yang perlahan namun didengari oleh pemandu grab.

"Sweet with a gentle kiss,

You have truly won my heart,

All things and times we shared,

I remember all till this day."

"Nice voice," tegur pemandu grab itu.

Mereka sampai di destinasi.

"Thanks," kata Jelita sambil melangkah ke luar setelah membuat pembayaran.

Jelita tersenyum sambil melangkah ke wad yang menempatkan mama dan papanya.

'Dia orang mesti bangga,' desis hati Jelita.

Jelita melangkah ke tandas sebelum berjumpa dengan mama dan papa. Dia ingin memastikan penampilannya kemas.

"Kau jelita pada nama dan rupa," kata Jelita sambil tersenyum.

Dia melangkah ke wad mama dan papanya. Dengan senyuman yang lebar, dia menyelak langsir tersebut. Kosong? Rasanya dia tidak tersalah katil.

"Maaf," tegur seseorang.

Jelita berpaling dan melihat seorang doktor lelaki sedang berdiri di hadapannya.

"Mana pesakit dekat sini?" tanya Jelita.

Doktor tersebut mengenali Jelita kerana Jelita sering ke sini.

"Maaf, kami dah cuba sebaik mungkin...."

Telinga Jelita terus tidak mendengar ayat seterusnya. Hati dan fikirannya kosong.

"Bila. Bila waktu kematian?" tanya Jelita.

"3jam lepas," kata doktor.

Jelita terduduk dilantai. Dia memandang fail di tangan.

"Doktor," panggil Jelita.

Doktor tersebut bertinggung di hadapan Jelita. Dua orang nurse menggosok belakang Jelita agar dia bertenang. Jelita membuka fail di tangan lalu ditunjuknya pada doktor.

"Saya dapat straight A's," katanya dengan senyuman namun air mata tidak henti mengalir.

Doktor terdiam. Senyuman Jelita hilang apabila kata-katanya tidak disambut oleh doktor.

"No congrates? Where's my congrates? DOCTOR! NURSE! Saya dapat straight A's!" jerit Jelita.

Jelita menangis teresak. Seorang nurse memeluk Jelita. Tubuh Jelita seakan tersentak dan serta-merta tangisannya terhenti.

"I need to go," katanya.

"Awak nak pergi mana?" tanya doktor.

"Saya serahkan hal parent saya pada doktor," kata Jelita.

Jelita bingkas bangun lalu dia bergegas keluar.

"Jelita!" panggil seseorang.

Langkah Jelita terhenti namun dia sedikit pun tidak menoleh gerangan yang memanggilnya itu.

MedicineWhere stories live. Discover now