23. I am happy

383 23 15
                                    




Jelita menunggu Aaric sambil membaca nota di telefon. Tunggu punya tunggu 2 jam telah pun berlalu. Bayang Aaric masih tidak kelihatan. Jelita mengeluh. Mungkin Aaric perlu uruskan sesuatu. Dia bangun dari katil dan menukar seluarnya. Tadi dia mengenakan seluar tidur yang panjang. Oleh kerana Aaric tidak datang, dia menukar ke seluar pendeknya. Jelita baring semula di atas katilnya. Nota di telefon dibacanya semula. Tanpa sedar, dia terlelap.

"The rest, aku serahkan pada kau BB" kata Aaric melalui telefonya.

"Stop panggil aku BB. Nanti orang ingat kita gay," marah BB.

"Okey BB. Bye. Muah," dengki Aaric.

Talian terus dimatikan oleh BB. Aaric melihat jam di telefonnya. 1.00am. Dia menepuk dahi. Pastinya Jelita sudah tidur. Dia bangun dari sofa dan melangkah ke luar. Kakinya menuju ke sebelah. Password pintu ditekan dan kunci terbuka. Aaric terus melangkah ke bilik bagi mencari Jelita. Buka sahaja pintu bilik, terus hati Aaric berdebar-debar. Dia lihat Jelita tertidur dengan memegang telefon di perutnya. Dia memakai tshirt putih dan seluar pendek bewarna merah. Aaric tidak sangka dia berpeluang melihat Jelita sebegini dalam jarak yang dekat.

Aaric mengambil telefon Jelita dan diletaknya di atas meja di sebelah katil. Dia menoleh semula Jelita. Kakinya panjang dan putih. Kulitnya makin menyerlah kerana mengenakan warna merah. Aaric menarik selimut lalu menyelimutkan Jelita. Dia tidak  mahu gadis kesayangannya kesejukkan. Perlahan-lahan Aaric naik ke tilam. Tidak mahu kesayangannya itu terbangun.


Jelita terbangun kerana dadanya terasa berat. Dia membuka mata dan kelihatan siku Aaric berada di situ. Dia terkejut kerana tidak sedar bila Aaric masuk ke biliknya. Jelita menolak siku Aaric dan wajah Aaric ditenungnya. Dia menilik wajah Aaric. Kalau boleh, setiap lekuk di wajah itu ingin dihafalnya. Tubuh Aaric bergerak-gerak dan bibirnya menyebut sesuatu. Jelita tersenyum apabila dia dapati Aaric menyebut namanya. Senyumannya tidak bertahan lama apabila lengan Aaric kini berada di wajahnya.

Jelita menolak lembut lengan Aaric. Dia menarik pula bahu Aaric supaya tubuh Aaric menghadapnya. Tanpa teragak-agak, dia memeluk tubuh hangat tersebut. Terasa sangat selesa. Dia ingin berada dalam keadaan begitu selamanya. Dia ingin berada di dalam pelukan Aaric sehingga dia jemu dan sememangnya perasaan jemu itu tak akan wujud.


Hari telah pun pagi. Jelita sudah bangun namun dia tidak mahu membuka matanya. Mimpinya semalam terasa sangat nyata. Dia tersenyum. Kakinya dinaikkan bagi memeluk batal di sebelah.

"Auch!" lutut Jelita ditolak agak kasar.

Dia terus mencelikkan mata.

"Aaric?" dia memandang Aaric dengan pandangan terkejut.

"Angel, kau tak nak anak ke?" tanya Aaric sambil memegang membernya.

Jelita terus bangkit untuk duduk. Dia terlupa yang Aaric tidur dengannya. Perasannya semalam adalah mimpi. Dia melihat wajah Aaric yang kemerahan itu.

"Sorry! Sorry! Aku lupa kau ada," kata Jelita.

"Don't touch. Or you want something else happen," Aaric menghalang Jelita dari menyentuh kawasan 'situ'.

"Sakit sangat ke? Sorry," mohon Jelita.

Aaric mendepakan tangannya. Tanpa disuruh, Jelita masuk ke dalam dakapan Aaric. Jelita meletakkan telinganya di dada Aaric. Bunyi dengupan jantung Aaric menenangkan Jelita. Aaric mengucup kepala Jelita. Jelita mendongak untuk memandang Aaric. Tatkala mata mereka bertembung, senyuman terus terukir di bibir. Aaric mengucup dahi Jelita.

"I thought you not coming," kata Jelita.

Jari Jelita bermain-main dengan jari Aaric.

"Of course I will," jawab Aaric.

MedicineWhere stories live. Discover now