Wafie melangkah ke ruang dapur dengan wajah yang jelas baru bangun dari tidur. Dia menguap beberapa kali. Malam tadi dia tidak dapat tidur nyenyak kerana Jelita asyik merengek dan menangis.
"Mia, pergi kejut kakak," arah ibu.
Terus segar mata Wafie tatkala nama Jelita disebut.
"Wafie dah kejut. Dia kata pening kepala. Dia tak nak dikacau," tipu Wafie.
Mia duduk semula di kerusinya.
"Abang, tak mandi lagi ke?" tanya Mia.
"Abang cuti hari ni," kata Wafie.
"Untunglah cuti, cikgu Mia nak buat kelas tuisyen," rajuk Mia.
"Tak adanya untung. Sabtu nanti ada kelas ganti," maklum Wafie.
"Yelah, kamukan dah nak SPM. Pelik juga ibu dapat cuti," celah ibu.
"Ayah, tenang nampak," tegur Mia.
"Ayah malas nak masuk office awal sangat," kata ayah sebelum menghirup teh panasnya.
"Bolehlah awak hantar saya hari ni," pinta ibu.
"Eleh, ibu nak ajak datinglah tu," cebik Wafie.
Mia terkekeh ketawa.
"Tak cukup ke Mia seorang sahaja adik kamu," ayah memandang Wafie.
"Kalau dapat seorang lagi adik lelaki, okey juga, yah," kata Wafie dengan selamba.
Makin galak Mia ketawa tatkala wajah ibu makin memerah.
"Dua beranak ni memang nak kena dengan ibu," marah ibu.
Semua orang tertawa gembira. Sudah lama mereka sekeluarga tidak begitu.
Wafie melangkah masuk ke dalam biliknya dengan segaris senyuman. Dia teringat wajah ibu yang memerah dan bagaimana ketawa Mia memeriahkan ruang makan. Ditambah pula dengan wajah selamba ayah menyakat ibu. Lama rasanya dia tidak berasa suasana kekeluargaan seperti tadi.
"Ting!" phone Wafie berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Wafie mengambil phonenya yang berada di atas meja belajar. Dia dapat mesej dari nombor yang tidak bernama. Wafie kenal nombor tersebut. Dia unlock lalu membaca mesej tersebut. Teks tersebut berbunyi.
"Maafkan abang" .
"BANG!!" bunyi tembakan dari tingkat bawah.
Wafie terkedu. Jelita terbangun dari tidurnya lalu dia memandang Wafie. Perlahan-lahan Wafie mendekati balkoni. Dia melihat ke luar rumah, ada lima buah kereta Mercedes bewarna hitam di halaman rumahnya. Jelita pantas mendapatkan Wafie.
"Apa benda tu Wafie? Aku takut!" Jelita memegang lengan Wafie.
Wafie membawa Jelita duduk di birai katil. Dia bertinggung di hadapan Jelita. Rambut Jelita di selitkan ke belakang telinga. Wajah Jelita dipandang dan ditilik setiap inci seakan dia ingin memahat figura Jelita di fikirannya. Jelita memegang belakang tangan Wafie yang berada di kepalanya.
"Password phone aku, birthday kau," beritahu Wafie.
"Kenapa kau beritahu aku?"
"Kalau apa-apa terjadi, kau buka note. Dalam tu ada alamat. Kalau kau rasa tak selamat, pergi dekat alamat tu. Jangan datang ke kondo aku dalam masa terdekat ni," kata Wafie tanpa menghiraukan Jelita.
"Kenapa Wafie? Kau nak tinggalkan aku ke?!" air mata Jelita mula mengalir.
Hati Wafie terluka melihat Jelita yang menangis itu. Dia tidak dapat menahan riak wajahnya. Jelita perasan akan perubahan wajah Wafie.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...