3

572 31 0
                                    


Wafie. Dia digeruni kerana kenakalannya. Sepanjang lima tahun dia di sekolah menengah, tiada seorang pun yang tahu bahawa dia seorang tengku. Prestasi Wafie semasa dia tingkatan 1dan 2 sangatlah teruk, jadi cikgu tidak mengharapkan apa-apa dari keputusan peperiksaannya. Walau bagaimanapun, keputusan PT3nya telah mengubah segalanya. Dia menjadi pelajar kesayangan. Wafie seakan sengaja menguji pihak sekolah dengan membuat perjanjian dengan pengetua seperti sedia maklum.

Ramai di kalangan guru yang bercerita mengenai Wafie. Katanya Wafie sengaja hendak menghancurkan masa depan sendiri. Namun, Wafie berjaya menutup mulut guru-guru dengan membuktikan dia mampu score kedua-dua subjek kelas A dan kelas C. Wafie juga membuat perjanjian yang dia akan belajar dengan bersungguh sekiranya cikgu menetapkan tempat duduknya di sebelah Jelita. Kini, Wafie dapat semua yang dia nak kecuali satu....

"Jelita," panggil Cikgu Sal yang mengajar mathematic.

Jelita melangkah ke papan putih lalu dia menulis jalan penyelesaiannya. Cikgu Sal hanya tersenyum.

"Seperti yang di harapkan. Top student saya," puji Cikgu Sal.

Jelita tersenyum bangga.

"Cikgu!" Wafie mengangkat tangannya.

"Ya?" tanya Cikgu Sal.

"Tapi saya ada jalan penyelesaian yang lagi mudah orang nak faham," kata Wafie penuh yakin.

Senyuman Jelita tadi terus mati.

"Okay, awak boleh datang ke hadapan dan tunjuk jalan kira awak," kata Cikgu Sal.

Wafie bangun lalu melangkah ke papan putih. Dia memandang Jelita sekilas sebelum mula menulis. Jelita dan semua orang turut memandang papan putih. Susah untuk Jelita sangkal bahawa jalan kira Wafie lebih cantik dan mudah untuk difaham.

"Wah, saya tak sangka awak mampu buat jalan kira tu. Nampaknya awak semua tak boleh pandang rendah dekat newbie ni. Tapi Tengku, saya nak tanya. Muka siapa yang awak lukis dekat akhir jawapan tu?" tanya Cikgu Sal.

Cikgu-cikgu mula memanggil Wafie sebagai Tengku.

"Saya lukis muka Jelita. Lukisan saya ni lebih jelita dari Jelita yang sebenar," kata-kata Wafie mengundang ketawa semua orang.

'Dasar! Hari tu kau kata aku cantik,' marah Jelita.


Jelita duduk sendirian di tepi padang manakala rakan sekelasnya sedang bermain-main di padang. Semenjak Daniel tiada, dia jadi sunyi. Sebenarnya, sama sahaja bila Daniel ada atau tidak. Dia sentiasa sendiri. Jelita membetulkan ikatan rambutnya yang agak terlurut jatuh. Jelita mengeluh sambil memandang langit yang kian gelap. Aktiviti kokurikulum hampir tamat dan hujan pula dah nak turun.

Terasa ada bola berguling ke kakinya. Dia memandang bola tersebut. Terdengar ada bunyi tapak kaki sedang berlari-lari ke arahnya. Jelita menoleh dan orang itu adalah Wafie. Nampaknya Wafie mudah buat kawan. Persahabatan lelaki ni lain daripada perempuan. Perempuan ni kuat cemburu.

"Baling dekat aku bola tu," jari Wafie menunjuk ke arah bola tampar tersebut.

Jelita menjeling Wafie. Dia masih marah tentang lukisan Wafie tadi.

"Ambillah sendiri," kata Jelita dengan nada dingin.

Wafie melangkah ke arah Jelita lalu dia mengambil bola tersebut.

"Kaki bangku," kata Wafie.

Pantas Jelita memandang Wafie.

"Baik sikit cakap tu. Lawanlah aku dulu baru kau tahu," cabar Jelita.

"Wafie, kita orang balik dulu. Dah nak hujan ni," kata beberapa orang rakannya.

Wafie sekadar mengangguk.

"Hari lainlah. Dah nak hujan ni," kata Wafie.

"Tak nak!" Jelita berkeras.

"Jomlah balik," pujuk Wafie.

Jelita melangkah ke gelanggang bola tampar.

"Defeat me first," kata Jelita.

Wafie mengekor Jelita. Beberapa orang pelajar yang belum pulang turut menyertai mereka. Bukan sebagai pemain tetapi penonton. Rintik-rintik hujan mulai turun.

'Aku tak akan kalah!' teriak hati Jelita dengan penuh semangat.

Beberapa minit telah pun berlalu semenjak mereka memulakan permainan. Hujan kini makin lebat. Kini, Jelita terduduk. Dia merenung Wafie yang sedang tersenyum kemenangan. Kilat sambar-menyambar. Guruh berdetuman membuatkan Jelita terkejut lalu menutup telinganya. Jelita takut akan guruh. Beberapa orang pelajar berlari masuk ke dalam dewan. Ada yang dijemput oleh keluarga mereka.

"Jom kita masuk dewan," kata Wafie.

Jelita sekadar mengangguk lalu dia mengekor langkah Wafie. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang duduk melepak.

"Jelita," panggil seseorang.

Jelita dan Wafie menoleh gerangan yang sedang menuju ke arah mereka. Sir Fayyad. Cikgu paling muda di sekolah mereka dan tentunya punjaan hati semua pelajar perempuan.

"Hi sir," sapa Jelita.

"Kenapa baju awak basah ni? Awak tunggu sini, saya ada baju lebih," katanya.

Sir Fayyad berlari-lari anak ke luar dewan. Wafie merenung sahaja kelibat Sir Fayyad yang semakin menghilang.

"Hey, kenapa kau tengok sir macam tu?" tanya Jelita pada Wafie.

Wafie sekadar menggeleng. Dia melihat pakaian Jelita yang basah. Mujur baju sukan Jelita tebal, jika tidak pastinya menampakkan yang tidak sepatutnya.

"Jelita, ambil ni," Sir Fayyad datang bersama sehelai baju.

"Tak apalah sir. Saya dah nak balik dah," kata Jelita.

Wafie di sebelah hanya senyap. Sesekali Jelita menjeling Wafie. Walaupun Wafie hanya berdiri senyap, Jelita tetap dapat merasa ada yang tidak kena. Seolah-olah Wafie tidak suka akan Sir Fayyad.

"Tak apalah. Awak tukar aja baju awak. Nanti awak demam macam mana," Sir Fayyad kedengaran risau.

"Okaylah kalau cikgu dah cakap macam tu," kata Jelita.

Telefon bimbit Sir Fayyad berbunyi.

"Okaylah, saya ada hal sikit," katanya lalu berlalu pergi.

Jelita memandang Wafie dan Wafie masih merenung Sir Fayyad.

"Nah!" Jelita menghulur baju tersebut ke Wafie.

Wafie memandang Jelita.

"Untuk apa?" tanya Wafie.

"Kalau bukan disebabkan kedegilan aku, kau tak akan basah macam ni," kata Jelita.

Wafie memandang Jelita kemudian baju tersebut dia ambil. Tanpa berkata apa-apa, Wafie terus meninggalkan Jelita.

"Hey! Terima kasih?" perli Jelita.

"Kasih di terima," kata Wafie tanpa memandang Jelita.

Wafie tersenyum. Dia memandang baju di tangannya. Wafie berniat untuk memulangkan semula baju tersebut secara senyap-senyap. Dia akan letak baju itu ke dalam kereta Sir Fayyad.

"Now what?" kataJelita sendirian.

MedicineWhere stories live. Discover now