25. Melee

332 19 2
                                    




Jelita baring sambil memeluk bantal. Dia tidak boleh tidur kerana teringat akan pergaduhannya dengan Aaric tadi. Jelita mencari di mana silapnya sehingga semua ini terjadi. Adakah kerana Aaric terlalu sibuk atau dirinya yang terlalu inginkan perhatian? Jelita mengeluh. Dia boleh aja cakap dengan Aaric elok-elok prihal ini. Wafie pula, adakah layanannya seakan memberi harapan? Telinga Jelita terdengar bunyi pintu bilik terbuka saat dia sedang berfikir. Lantas Jelita memejamkan mata dan berpura tidur.

Dia tahu itu Aaric. Terasa Aaric menjengah wajahnya. Nasib baik Jelita baring membelakangkan pintu. Perlahan-lahan Aaric naik ke atas katil dan masuk ke dalam selimut. Dia memeluk Jelita dari belakang. Wajahnya disembamkan di belakang leher Jelita.

"I'm sorry," bisik Aaric.

Jelita menahan rasa. Patutnya dia yang meminta maaf. Dia yang mencetuskan kemarahan Aaric. Paling teruk, dia membandingkan Aaric dengan Wafie.

"I just want to keep you save," bisik Aaric lagi.

Aaric percaya yang Jelita sedang tidur.

"If that Wafie guy can keep you save..."

Jelita menahan rasa.

"Then.....I won't hesitant to let you go," kata Aaric lagi.

Air mata Jelita mengalir.

"I love you," desis Aaric sebelum dia berlayar ke alam mimpi.

Jelita mengigit bibirnya menahan diri dari teresak.


Jelita memandang dirinya di cermin. Tubuhnya diselaputi tepung, telur, lumpur, air longkang, telur dah segala benda yang menjijikan.

'Yes, I deserve this,' desis hatinya.

"Jelita," seru seseorang.

Kelihatan Diana sedang melangkah masuk ke dalam tandas dengan wajah yang risau. Dia memandang diri Jelita.

"Oh my..." Diana tidak mampu berkata.

"It's okey, Diana. I already use to this,"kata Jelita.

Mata Diana bergenang.

"Saya ada baju lebih. Awak pergilah salin," kata Diana.

Diana menghulur begnya.

"Thanks," kata Jelita lalu mengambilnya.

Dia melangkah ke kabin.

"Jelita, awak kena buat sesuatu. Sampai bila awak nak dia orang pijak kepala awak macam ni," kata Diana.

Jelita terdiam. Dia tak tahu. Selepas kejadian semalam, dia rasa yang dia layak terima lebih dari ini. Fikirannya cuma pada Aaric. Sungguh tidak terniat olehnya untuk menyakitkan hati Aaric.

"Kalau awak nak, saya boleh tolong," kata Diana.

Jelita masih diam.

"Jelita, awak okey tak tu?" tanya Diana.

Jelita tersedar dari lamunan.

"Ya," jawab Jelita sepatah.

"Jadi macam mana? Nak saya tolong tak?" tanya Diana.

"Terima kasih tapi tak perlu," kata Jelita.

Jelita menarik baju di dalam beg Diana dan sesuatu jatuh. IC Diana. Jelita memasukkan semula ke dalam beg. Dia menukar pakaian dan melangkah ke luar.

"Betulkah Jelita? Saya yang tak tahan tengok apa yang dia orang dah buat dekat awak," kata Diana.

Jelita memandang Diana.

MedicineWhere stories live. Discover now