Jelita memandang Wafie yang sedang masuk ke dalam kelas bersama segaris senyuman. Mata Wafie tajam melihat Tasya dan Bella. Jelita sekadar menggelengkan kepala memberi tanda jangan kacau mereka berdua. Wafie melangkah ke tempat duduknya. Jelita memandang buku latihannya. Dia jadi malu apabila teringatkan kejadian malam tadi.
"Ibu kata kau tertinggal," Wafie meletakkan bekal makanan di atas meja Jelita.
Jelita sekadar mengangguk. Wafie memandang Jelita.
"No thanks?" tanya Wafie.
"Hmm. Thanks," balas Jelita ringkas.
Namun, Wafie tidak berpuas hati dengan reaksi Jelita. Mood menyakatnya telah datang. Dia sengaja merapatkan duduknya sambil melihat apa yang sedang Jelita kusyuk baca. Jelita memandang wajah Wafie namun Wafie sengaja buat tidak tahu.
"Wafie," panggil Jelita.
Wafie menoleh menyebabkan jarak mereka dekat. Wajah Jelita sedikit berubah. Tatkala melihat wajah Jelita berubah, Wafie tersenyum. Kening kanan Wafie ternaik.
"Boleh tak ke sana sikit," wajah Jelita kembali beriak biasa namun nada suaranya sedikit berubah.
Wafie mencebik sambil menjarakkan dirinya.
"Tok!Tok!Tok!"
Bunyi ketukan pada pintu masuk menarik perhatian semua orang untuk melihat. Cikgu Rahman sedang berdiri di luar kelas bersama dua orang anggota polis. Bella dan Tasya menggigil ketakutan. Wafie menendang kerusi mereka membuatkan mereka terkejut.
"Jelita," panggil Cikgu Rahman.
Jelita mengangguk lalu dia berlalu ke luar. Hatinya berdebar-debar.
"Cik Jelita?" tanya salah seorang dari anggota polis tersebut.
"Ya," Jelita sekadar mengangguk.
"Boleh ikut kami ke balai?"
Wafie menunggu di luar balai. Jelita melangkah ke luar dari balai dengan wajah memandang ke bumi. Dia tidak perasan akan kehadiran Wafie. Wafie hanya berdiri sambil memandang Jelita. Wajah Jelita kelihatan sunggul. Jujur, Wafie tidak suka melihat wajah Jelita seperti itu.
"Jelita," panggil Wafie.
Pantas Jelita mendongak untuk melihat gerangan empunya suara. Dia tersenyum. Wafie membalas senyumannya itu. Jelita berlari-lari anak untuk mendapatkan Wafie. Kakinya tersadung namun pantas Wafie menyambutnya. Jelita memegang lengan Wafie sambil tergelak kecil.
"Jom," kata Wafie.
Jelita mengangguk lalu mereka berlalu pergi. Tanpa Jelita sedar, Wafie mencapai tangannya.
"Macam mana kau boleh datang sini?" tanya Jelita.
"Ermm... Grab?"
Jelita tergelak kerana dia sedar bahawa dia tersalah soalan.
"Bukan, sekarangkan waktu sekolah. Macam mana kau boleh ke luar?" tanya Jelita sambil memandang Wafie.
"Aku cakap dengan cikgu yang aku nak keluar, then dia bagi macam tu aja," tipu Wafie.
Jelita memandang Wafie dengan mata yang dikecilkan. Wafie tertawa melihat reaksi Jelita.
"Kau lari sekolah, kan," kata Jelita.
"Sekarang waktu sekolah lagi. Kau nak balik sekolah semula?" tanya Wafie.
Jelita memandang Wafie sambil tersengih.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...