Jelita mengikat scarf dilehernya bagi menutup hasil seni yang dibuat oleh Aaric. Matanya mengerling Aaric yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Last night was so fantastic. Tanpa sedar Jelita tersenyum sendirian. Aaric bergerak-gerak dan tangan dia tercari-cari sesusuk tubuh di sebelahnya. Perlahan-lahan matanya terbuka. Jelita hanya memerhati dari jauh."Jelita?" panggil Aaric sambil bangkit dari baringnya.
Kelihatan Aaric agak cemas. Jelita tertawa kecil.
"Sayang," panggil Jelita.
Aaric menoleh Jelita yang sedang tersenyum itu. Tanpa sedar, dia menghela nafas lega. Aaric kembali meniarap dan merebahkan sisi wajahnya di bantal sambil memandang Jelita. Kelihatan Jelita cantik mengenakan baju kurung bewarna peach. Scarf bewarna merah pula diikat di leher jinjangnya.
"You beautiful," gumam Aaric.
Jelita tersenyum kerana gumaman tersebut didengarinya.
"You handsome," balas Jelita.
Aaric tersenyum dan wajahnya memerah. Makin lebar senyuman Jelita.
"Let cuddle," pinta Aaric.
Tangan Aaric menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.
"I can't babe," Jelita memuncungkan bibirnya.
Aaric bangkit lalu duduk dan matanya masih terpaku di wajah Jelita.
"Do you need my help?" tanya Aaric.
Jelita telah menceritakan segalanya pada Aaric mengenai Ash. Kalau bukan disebabkan Jelita, sudah pasti malam itu juga Ash masuk ke dalam hospital. Mujur Jelita menahan Aaric. Jelita ada caranya tersendiri dalam menangani masalah dan dia juga ada cara tersendiri dalam menangani Aaric.
"No, I've my own way, baby," jawab Jelita.
Aaric memandang Jelita lama. Jelita membalas pandangan tersebut. Senyap seketika di antara mereka, tetapi mereka tidak janggal. Walaupun sepi antara mereka tetapi mereka selesa malah mereka mahukan kesunyian tersebut berterusan. Asalkan mereka bersama, itu sudah cukup.
"Come here," panggil Aaric.
Perlahan-lahan Jelita mendekati Aaric. Dia duduk di hujung katil dan Aaric menariknya ke dalam pelukan. Jelita merebahkan kepalanya di dada Aaric. Terdengar bunyi dengupan jantung kesayangannya itu. Jelita memejamkan matanya. Dia ingin berada di dalam dakapan tersebut selamanya.
"I miss you, love," Aaric mengucup ubun-ubun Jelita.
"I miss you more than more," kata Jelita.
Pelukan Aaric makin kuat. Jelita rasa lain. Dia tak boleh bernafas.
"Don't fight me," ada getaran di nada Aaric.
Jelita tertawa. Dia menolak sedikit tubuh Aaric.
"What?" tanya Jelita.
Aaric mengeluh.
"Kau tak faham perasaan aku," kata Aaric dengan nada serius.
"Hmm?" terjungkit kening kanan Jelita.
"I miss you so much more than you miss me. I'm so fucking miss you everyday, every hour and every minute. I....."
Jelita mengucup bibir Aaric.
"Okey, you win," Jelita mengalah.
Aaric memandang ke anak mata Jelita dan dia tertawa kecil. Tawanya mengundang getaran dan halkumnya bergerak-gerak saatnya menelan liur atau bersuara. Permandangan itu membuatkan Jelita gila. Aaric perasan akan renungan Jelita.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...