here we go
Selepas makan malam, ayah memutuskan untuk Jelita berehat dahulu. Kebetulan pula esok merupakan cuti sekolah dan mereka mempunyai banyak masa untuk bercerita. Jelita yang sedang baring di katil dalam bilik tetamu, tidak dapat melelapkan matanya. Dia bangun lalu melangkah ke ruang tamu. Matanya merenung televisyen yang gelap itu kerana tidak dihidupkan.
"Jelita," tegur seseorang.
Jelita memandang gerangan yang memanggilnya.
"Wafie," perlahan sahaja suara Jelita.
"Tak boleh tidur?" tanya Wafie.
Wafie melabuhkan duduknya di sebelah Jelita.
"Hmm," jawab Jelita.
"Kau okay?" tanya Wafie.
Jelita menggelengkan kepalanya.
"Aku tahu kau tak akan bercerita," kata Jelita.
"Tapi kalau kau tanya, aku akan jawab," jawab Wafie.
"Walaupun kebenaran tu menyakitkan aku?" tanya Jelita.
"Better daripada kau bahagia dalam penipuan," jawab Wafie.
Senyap seketika antara mereka. Masing-masing kelu dan tidak tahu hendak mula dari mana.
"Aku tak tahu sama ada kemalangan parent kau ada kaitan dengan orang yang serang kita dekat rumah kau. Cuma, apa yang aku pasti, kau dalam pengawasan seseorang," kata Wafie.
"Kenapa? Kenapa dia nak awasi aku? Aku bukannya merbahayakan. Kalau kau tak ada, sekelip mata aku boleh mati siang tadi," kata Jelita.
Jelita mula beremosi.
"Look, aku janji dengan kau. Selagi aku ada dengan kau, aku akan jaga kau," kata Wafie dengan bersungguh.
Jelita memandang tepat ke anak mata hazel milik Wafie. Mencari keikhlasan dan kejujuran dari situ.
"Then, aku pegang kata-kata kau," kata Jelita.
Mereka kembali senyap.
"So, setahun kau survive alone?" Jelita memecahkan kebisuan antara mereka.
"Kenapa? Kau berminat nak tinggal berdua dengan aku?" tanya Wafie.
"Boleh, dengan syarat kau jadi bibik aku," jawab Jelita selamba.
Wafie tergelak begitu juga Jelita.
"Kalau macam tu, aku kena biasakan diri dengan baju kau. So, kau suka warna merah?" kias Wafie.
Jelita teringat yang Wafie telah pun nampak pakaian peribadinya. Pantas Jelita memukul bahu Wafie dengan bantal kecil yang berada di sofa yang mereka duduk.
Wafie tergelak.
"Eeee!!!! Perverrrttt!!!" Jelita mengetap gigi kegeraman.
"Bukan aku sengaja!" Wafie cuba untuk membela dirinya.
"Apa?! Bukan sengaja?! Eeee!!! Geramnya aku!!" tangan Jelita masih lagi laju memukul Wafie dengan bantal.
"Hahahahahahaha!" Wafie tertawa apabila melihat wajah Jelita yang kemerahan menahan malu itu.
Tanpa Jelita sedar, kelakuan mereka sedang dirakam seseorang. Wafie pula menoleh kelibat yang sedang berdiri di sudut ruang tamu tersebut. Lantas, ketawa Wafie mati. Jelita yang perasan akan perubahan Wafie, terus berhenti dari memukul. Dia melihat ke arah yang sama Wafie sedang pandang.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...