••••••
Setelah lama mereka lepak di kafe tadi, kini tibalah masa untuk mereka pulang ke rumah semula selepas sedar bahawa hari semakin lewat.
"Kejap ya, aku nak bayar." ujar Yeohun seraya bangun dari duduknya.
Jongho masih lagi duduk. Matanya dari tadi tertumpu pada Yeohun yang sedang buat bayaran di meja kaunter.
"Kau tak nak balik ke?" teguran Yeohun tadi mengejutkan Jongho.
"Hah? Erm... Nak baliklah ni cuma..." dia mula tergagap.
"Cuma?"
"Gomawo sebab tenangkan aku masa aku sedih tadi. Aku harap aku dapat jumpa dengan hyung lagi," ucap Jongho perlahan sambil menunduk kepalanya.
Yeohun yang mendengar itu tersenyum nipis. Dia mengusap kepala Jongho lembut.
"Hal kecil jer tu. Hyung pun harap yang hyung dapat jumpa semula dengan kau nanti," balas Yeohun tenang.
Jongho tersenyum. Namun, senyuman dia menjadi pudar sebaik sahaja melihat kesan torehan lagi pada pergelangan kiri Yeohun.
"Hyung... Okey?" tanya Jongho membuatkan Yeohun berkerut dahi tanda hairan.
"Aku okey jer. Kenapa tiba-tiba tanya ni?"
"Tu... Kesan torehan tu..."
Riak wajah Yeohun serta-merta berubah selepas sahaja Jongho menegur tentang kesan torehan yang berada di kedua-dua pergelangan dia itu.
Pantas dia mengalihkan tangannya ke tempat lain. Dia cuba menyorok daripada dilihat oleh Jongho tadi.
"A-ani. Hyung... hyung pergi dulu."
Yeohun segera berjalan meninggalkan Jongho seorang diri di depan kafe tersebut.
Jongho keliru. Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang berlaku ada Yeohun. Namun, dia sendiri tidak tahu apa.
"Aku harap dia okey..." gumamnya perlahan sebelum membuka langkah menuju ke dorm dia.
••••••
"Sh*t! Apasal boleh terkantoi tadi?"
Yeohun geram dengan dirinya. Jongho sudah ternampak kesan torehan di pergelangan dia. Pasti dia fikir bahawa Yeohun ada masalah.
Ya, dia memang ada masalah! Dia tidak pernah pun meluahkan masalah dia dengan sesiapa kerana dia mempunyai overthinking dan anxiety yang teruk.
Yeohun berjalan menuju ke rumahnya. Baru sahaja dia mahu membuka pintu, lengannya di tarik kasar oleh seseorang.
"Yah!" marahnya. Pantas dia menoleh ke arah orang yang menarik dia tadi.
"Baru tahu jalan balik ke budak?" soal lelaki itu yang merupakan abang kandung dia, Kang Yeohyun.
"Kau nak apa lagi dari aku?" soalnya geram.
"Kau dah lupa ke? Atau buat-buat tak tahu?" Yeohyun bertanya dengan sinis.
Pantas dia menghulurkan tangan dia di depan Yeohun. Dia memandang dengan pandangan tajam.
"Duit aku mana?"
"Duit tak ada. Kau carilah sendiri," balas Yeohun selamba.
Baru sahaja dia mahu berlalu pergi, Yeohyun menahan dia.
"Owh? Berani eh kau kata macam tu kat aku. Kau sedar tak yang sekarang ni kau tumpang rumah siapa?" tanya Yeohyun lagi.
Tangannya laju menampar pipi gebu Yeohun dengan kuat. Dia jatuh tersungkur. Yeohyun mencengkam kolar baju adiknya dengan kasar.
"Adik tak kenang budi! Aku dah banyak tolong kau tapi ni kau balas?"
Dia menolak Yeohun dengan kasar lalu merampas dompet adiknya. Duit sebanyak 50 ribu won itu diambilnya terus.
"Ni apa ni? Weyh, nak tipu pun agak-agaklah! Ingat aku ni bodoh sangat ke?" tengking Yeohyun sebelum dia berlalu pergi.
Duit sudah ada jadi apa lagi? Judilah jawabnya.
"Jangan ambil duit aku! Hyung!"
Teriak Yeohun namun hampa kerana bayangan Yeohyun semakin hilang dari pandangan dia.
"Kang Yeohyun! Paboya!"
Yeohun mula meraung. Hatinya berasa sakit sangat dengan sikap abangnya yang kuat main judi itu. Sedangkan dirinya pula menjadi mangsa.
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...