•••••••
"Hyung! Tolong hyung!"
Pekik Yunho dan Mingi. Mereka terngucap-ngucap mencari nafas setelah penat berlari tadi.
Seonghwa, Hongjoong, Wooyoung dan San yang berada di practice room itu mula berhentikan aktiviti mereka.
"Kenapa?" soal Seonghwa ingin tahu.
"Eh? Mana Jongho?"
"Kenapa rupa korang lebam semacam ni?"
"Kejap, Yeohun mana?"
Mereka hairan. Jongho dan Yeohun tiada bersama mereka berdua. Malah, keadaan Yunho dan Mingi kelihatan seperti teruk sedikit.
"Kita kena buat laporan polis! Yeohun kena culik dengan appa dia!" Jerit Mingi membuatkan mereka berempat terkejut.
"Mwo?"
"Seriuslah?"
Mingi dan Yunho mengangguk kepala berkali-kali.
"Kitorang baru dibelasah oleh pembantu ayah Yeohun tadi. Jongho sekarang kat hospital sebab dia paling teruk kena!" tambah Mingi lagi.
"Okey! Kita pergi ke balai sekarang!"
Kata Hongjoong lalu segera mengambil kunci kereta yang terletak di atas mejanya tadi.
•••••••
"Kamu masih ingat tempat ni Yeohun?"
Soal Tuan Kang pada anaknya dengan sinis. Yeohun membisukan dirinya.
Kini mereka berada di atas atap bangunan yang lama. Dia amat mengenali tempat ini. Tempat yang ingin mencabutkan nyawa dia dulu...
Matanya tidak beralih melihat Yeohyun yang sudah dikejarkan teruk oleh beberapa pembantu Tuan Kang itu.
Secara tiba-tiba wajahnya ditampar oleh Tuan Kang.
"Kau ni dah bisu ke tak jawab soalan aku?" soalnya kasar. Yeohun masih lagi mendiamkan dirinya.
Baru sahaja dia mahu menampar Yeohun buat kali ke dua, Yeohyun pantas menghalang.
"Appa! Dah dah lah tu! Apa salah kitorang sampaikan appa buat kitorang macam ni?"
Jerkahnya. Yeohun terkejut mendengar suara garau Yeohyun tadi. Tuan Kang tersenyum sinis.
"Salah korang sebab korang buat aku merana! Korang dengan omma korang tu pembawa s*al!"
Jawabnya kasar lalu tertawa seperti orang gila. Kemudian, dia perasan terdapat beberapa kesan torehan pada pergelangan Yeohun.
"Lah? Kau masih gila lagi rupanya. Aku tak fahamlah kenapa kau tetap selamatkan adik kau sedangkan dia tu ada masalah mental?" tanya Tuan Kang dengan nada yang sindir kepada Yeohyun.
Dia mengetap bibirnya menahan geram. Kalau boleh mahu sahaja dia belasah ayahnya tetapi badannya terlalu lemah sekarang.
"Appa kalau nak bunuh, bunuh Hyun seorang jer. Tak payah libatkan Hun sekali," katanya sambil tersenyum sinis. Darah yang berada di bibirnya dikesat dengan lengan dia.
"Owh, cakap fasal bunuh kan. Aku ingat Yeohun ni dah mati sebab kena langgar 2 tahun lalu," ujar Tuan Kang membuatkan Yeohun dan Yeohyun hairan sedikit.
"Kena langgar?"
Kemudian Yeohun mula teringatkan tentang kisah silam Yeosang. Dia mati akibat dilanggar dan orang yang melanggar dia itu meloloskan diri.
"Appa bunuh Yeosang ke?"
Akhirnya Yeohun bersuara setelah lama mendiamkan diri. Yeohyun dan Tuan Kang tersentak sedikit.
"Siapa Yeosang?" tanya dia. Yeohun memandang Tuan Kang dengan pandangan tajam.
"Appa jahat! Kenapa appa bunuh dia? Wae!"
Yeohun mahu menyerang Tuan Kang namun dirinya ditahan oleh beberapa pembantu ayahnya.
"Wah... Makin ganas kau sekarang ya?" kata Tuan Kang teruja. Yeohun meronta-ronta cuba untuk melepaskan dirinya.
"Dua beradik ni memang suka menyusahkan aku betul. Patut ke aku bunuh kau depan abang kau sendiri?"
Tuan Kang mula mengeluarkan sebilah pisau dari poket dia. Lalu dia menghala ke arah Yeohun.
"Appa jangan!"
Teriak Yeohyun. Dia pantas berlari untuk menghalang Tuan Kang. Namun, dia telah ditikam dengan kejam.
"Hyung!"
•••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...