••••••
Jongho termenung melihat diri dia melalui pantulan cermin di practice room. Fikiran dia jauh melayang sehinggakan dia tidak sedar bahawa Seonghwa berada di sebelah dia.
"Jjong, termenung nampak."
Teguran Seonghwa tadi membuatkan Jongho terkejut sedikit. Dia mengusap dadanya perlahan.
Seonghwa mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Jongho. Sesekali matanya melirik melihat ke tempat lain.
"Hyung rasa kan... Yeohun hyung okey tak?" soalan yang dilemparkan oleh Jongho tadi membuatkan Seonghwa berkerut dahi.
"Kau risau fasal Yeohun ke?" tekanya. Jongho sekadar membalas dengan anggukan kecil.
Dia agak terkejut selepas mendengar berita bahawa Yeohun tiba-tiba pengsan di bilik vokal.
Jeritan Wooyoung tadi amat kuat sehinggakan semua staff dalam satu bangunan KQ itu dapat dengar.
"Tak perlu risaulah, Jjong. Dia cuma letih jer tu," kata Seonghwa cuba untuk menenangkan Jongho. Sesekali dia mengusap belakang Jongho lembut.
Dia mengeluh. Dia mahu melawat Yeohun di bilik rawatan tetapi dia tidak dapat kerana masa rehat mereka sudah habis. Mereka perlu kembali berlatih semula.
"Okey guys, jom sambung balik latihan kita tadi. Aku tak nak ada kesilapan yang sama!"
Hongjoong mula memanggil adik-adiknya untuk menyambung latihan semula.
Jongho bangun lalu menghampiri mereka yang berada di hadapannya. San membuka lagu dan mereka mula berlatih semula.
•••••••
Yeohun berjalan menuju ke dorm untuk mengambil barang yang dia terlupa bahu bawa tadi.
Telefon dia tiba-tiba mati ketika dia mahu sambung membuat kerja. Sudahlah dia lupa bawa powerbank, memang padanlah jawabnya.
Yeohun masuk ke dalam biliknya lalu mencari powerbank dia. Hampa kerana dia tidak jumpa.
"Ada orang pakai ke?" detiknya dalam hati.
Yeohun mencari powerbank dia di laci mejanya. Ketika dia buka pintu laci di bawah, dia ternampak sebuah iphone berwarna merah berada dalam laci tersebut.
"Huh? Iphone siapa ni?" dia meniliti iphone tersebut.
Iphone XR berwarna merah itu ditatapnya seketika. Dia tertanya siapakah empunya iphone tersebut.
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...