✎혼자 12

249 51 26
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"Seonghwa hyung! Irona!"

"Seonghwa! Bangunlah!"

"Hyung ppali irona!"

Habis hancur mimpi Seonghwa dibuatnya setelah Wooyoung, San dan Mingi mengejutkan dia pagi ini.

Kalau kejutkan secara elok tak apa juga. Ini seperti ada perang dunia ketiga sahaja.

"Korang ni dah kenapa?" marah Seonghwa dalam keadaab separuh sedar.

"Kitorang lapar..." kata mereka serentak.

Seonghwa memandang mereka dengan pandangan menjengkelkan. Pantas dia mengalihkan pandangannya dia melihat jam dinding.

"Are you kidding me? Sekarang baru pukul 6:45 pagi!"

"Tapi kitorang tetap lapar!"

Maka mulalah mereka bertiga merengek seperti budak kecil. Seonghwa mengurutkan kepalanya perlahan.

Pening layan kerenah budak-budak ni. Pagi-pagi lagi dah buat hal. Belum lagi petang atau waktu malam.

"Aish! Yalah-yalah hyung buatkan sarapan untuk korang."

Seonghwa mengalah. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun dari baringnya tadi. Dia membasuh mukanya terlebih dahulu sebelum mula memasak.

Tiba sahaja di dapur, dia terkejut melihat Yeohun sedang bersarapan seorang diri.

"Eh? Awal kau bangun Yeo." Tegur Seonghwa.

"Morning, hyung."

Ucapnya. Seonghwa sekadar membalas dengan senyuman sahaja sebelum dia menyediakan bahan makanan.

Yeohun yang melihat dari jauh itu bingkas bangun. Dia mahu membantu Seonghwa menyiadakan sarapan untuk kawan-kawannya yang lain.

"Biar aku tolong hyung." Yeohun menawarkan dirinya.

"Eh? Tak apa ke?"

Dia mengangguk kecil. Seonghwa sekadar memberikan ruang kepada Yeohun untuk membantunya.

Ia mengingatkan bagaimana Yeosang pernah menolong dia dulu. Walaupun rasa rindu itu mula terbuku di hati, namun setelah melihat Yeohun juga membantunya, terubat sikit rasa rindunya pada Yeosang.

Setelah beberapa minit berlalu, sarapan mereka telah pun siap. Pantas Seonghwa memanggil yang lain untuk makan.

"Korang, jom makan!" Panggilnya. Pantas yang lain bergegas menuju ke dapur untuk makan sarapan.

Sementara Yeohun pula masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian dia. Dia perlu pergi ke kerja sekarang. Kalau tidak, dia akan terlewat.

"Yeohun hyung, jom makan."

Ajak Jongho. Namun Yeohun menolak dengan ramah.

"Hyung dah makan tadi. Hyung nak kena pergi kerja sekarang," jawabnya.

Dia perasan riak wajah Jongho mula berubah setelah dia menolak tadi. Lalu dia bertanya. Takut-takut kalau dia ada terguris hati Jongho sedikit.

"Jongho kenapa?"

"Tak ada lah. Cuma aku baru ingat nak ajak hyung jalan-jalan lepas ni," balasnya sambil memuncungkan bibir. Yeohun tersenyum.

"Hyung kerja kejap jer. Hyung janji balik nanti hyung ajak kau pergi luar," kata Yeohun lagi membuatkan riak wajah Jongho berubah menjadi teruja.

"Betul? Jangan tipu!" Ujarnya. Yeohun mengangguk lalu menunjukkan pinky promise dengan Jongho.

"Betul. Hyung janji."

"Yeay! Sayang Yeohun hyung!"

Jongho terlonjak riang. Yeohun yang melihat itu sekadar tersenyum sahaja.

Hatinya rasa senang melihat Jongho gembira. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Jongho tidak sedih dan risau akan dirinya.

"Okey, hyung pergi dulu tahu?" Kata Yeohun lagi setelah bersiap kemas.

"Nae! Hati-hati tahu hyung!" Sempat lagi Jongho memesan Yeohun supaya berhati-hati. Dia mengangguk lalu membuat jari tanda okey.

Selepas sahaja itu, bayangan Yeohun mula menghilang dari pandangan Jongho.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now