✎혼자 11

251 55 8
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Seperti hari yang biasa, Jongho akan melawat kubur Yeosang setiap hari. Kalau sehari dia tidak pergi, memang pelik rasanya.

"Hyung, Jjong datang ni."

Jongho terukir senyuman manis sebaik sahaja tiba di hadapan kubur Yeosang. Sejambak bunga yang dibelinya di kedai tadi diletakkan di atas kubur.

"Hyung tahu? Jjong jumpa dengan orang yang sama macam hyung. Muka, suara, ketinggian semuanya sama."

Dia mula menceritakan tentang Yeohun pada kubur Yeosang. Sesekali dia tertawa kecil setiap kali teringat perkara lucu.

Tidak lama kemudian, Yeohun tiba di kawasan perkuburan. Kelihatan kelibat Jongho yang masih lagi berada di sana sambil berbual.

Dia tidak mahu menganggu. Dia tahu Jongho pasti sedang melepaskan rindu dia terhadap Yeosang. Dia membuat keputusan untuk memerhatikan Jongho dari jauh.

"Kalau hyung masih hidup, mesti hyung tahu betapa rindunya aku kat hyung."

Hati Yeohun mula rasa sebak. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia seperti dapat rasa bagaimana rindunya seorang adik terhadap abang.

Setelah lama dia berada di situ, Jongho akhirnya mula bangun. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada mendiang Yeosang sebelum dia pulang ke rumah.

Selepas sahaja kelibat Jongho semakin menghilang, Yeohun melangkah hadapan menuju ke kubur Yeosang.

"Hai Yeosang. Aku Kang Yeohun yang Jongho cerita tu," dia mula bercakap di hadapan kubur Yeosang.

"Aku dengar yang kau dengan Jongho tu memang rapat. Kau jangan risau. Aku akan jaga Jongho macam mana kau pernah jaga dia dulu. Aku janji."

Yeohun sudah tanamkan janji dalam dirinya. Dia mahu jaga Jongho sebagaimana Yeosang pernah menjaga dia dulu.

"Aku pergi dulu ya?" Ucapnya selamat tinggal sebelum berjalan meninggalkan kubur Yeosang.

••••••

Yeohun tersedar dari lena pada tengah malam. Tekaknya mula terasa kering dan dia berasa sangat haus.

Wooyoung dan Jongho kelihatan sedang tidur dengan nyenyak. Dia tidak mahu menganggu mereka tidur lalu dia bingkas bangun.

Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan berjalan menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

Tiba sahaja di dapur, Yeohun seperti ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di meja makan. Namun dia tidak dapat melihat wajah orang itu dengan jelas.

"Siapa tu?" tegurnya. Namun orang itu tidak berpaling kearahnya.

Yeohun hairan. Tetapi dia malas untuk tahu siapakah orang itu. Pantas dia mengambil cawan lalu membasahkan tekaknya.

"Kang Yeohun..." panggil orang itu. Pantas Yeohun menoleh ke belakang.

Matanya terbutang sebaik sahaja melihat orang itu.

"K-kau..."

"Kau dah janji kau akan jaga Jongho macam mana aku jaga dia dulu kan?" soal orang itu. Yeohun terkaku.

Apa yang dia lihat sekarang bayangan Yeosang berada di hadapannya. Dia mengukir senyuman manis lalu menunjukkan pinky promise pada Yeohun.

"Aku percayakan kau," katanya lagi sebelum bayangan dia mula menghilang dari pandangan Yeohun.

Yeohun masih lagi terkaku di dapur. Dia tidak pasti sama ada apa yang dia lihat tadi itu betul atau tidak.

"Itu... Memang Yeosang ke?" dia keliru.

Tetapi dia cuba untuk melupakan hal yang tadi. Pantas dia masuk ke dalam biliknya semula untuk menyambung mimpi.

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now