✎혼자 33

221 48 19
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Hyung, Jjong ada belikan coklat untuk hyung ni."

Kata Jongho dengan penuh riang. Sebungkus coklat itu segera dia berikan kepada Yeohun.

Dia sekadar mengambil sahaja. Lalu dia memandang Jongho dengan pandangan kosong.

"Aku... Ada suruh kau belikan ke?" soalnya perlahan. Pantas Jongho menggeleng.

"Ani. Jjong sendiri yang nak belikan coklat untuk hyung. Jjong tahu hyung suka coklat ni jadi makanlah," jawabnya ramah.

Tanpa berkata apa-apa, Yeohun mula buka bungkusan coklat itu lalu dia makan dengan penuh menikmati.

"Go-gomawo, Jjong..." ucapnya perlahan. Dia mengangguk.

Jongho tersenyum lebar melihat Yeohun makan coklat yang dia belikan tadi. Lalu dia kembali semula mengemas beberapa barang di atas mejanya.

Perbuatan itu dilihat oleh Wooyoung dan San yang kini berada di atas katil.

"Aku tak faham... Macam mana Jjong boleh tenangkan Yeohun sedangkan kita cuba banyak kali tapi tak dapat..."

Cemuh San. Sungguh dia keliru bagaimana Jongho dapat menenangkan Yeohun dengan mudah sedangkan dia dan Wooyoung pula bersusah payah.

"Mungkin sebab Yeosang rasuk Yeohun?" kata Wooyoung tanpa memandang dia.

Lantas kepalanya diketuk oleh San. Dia mengaduh sakit.

"Aw!"

"Jaga sikit kau punya mulut tu. Nanti kalau Jjong dengar lagi teruk kau kena," nasihat San.

Wooyoung mencebik lalu dia kembali baca buku tanpa mengedahkan San yang berada di sebelah dia.

San mengalihkan pandangan dia melihat Jongho dan Yeohun yang berada di bawah katilnya.

"Jjong..."

"Hyung nak apa?" tanya Jongho lembut setelah Yeohun memanggil dia tadi.

"Pinjam headphone kau boleh? Hyung punya dah rosak..." ujar Yeohun perlahan.

"Ahh... Pakai jer lah. Jjong jarang pakai headphone ni," lantas Jongho memberikan headphone dia kepada Yeohun.

"Yeohun-ah, nak main game dengan aku tak? Aku bosan ni," ajak San seraya turun dari katil Wooyoung lalu duduk di sebelah Yeohun.

"Boleh juga. Aku pun bosan," kata Yeohun setuju lalu mula bermain video game bersama San.

••••••

Beberapa minggu sudah berlalu, akhirnya kemurungan dan overthinking Yeohun semakin berkurang atas disebabkan sikap prihatin kawan-kawannya.

Dia dapat melakukan aktiviti dia dengan kawan-kawannya seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan.

"Yeohun, jomlah ikut kitorang jalan-jalan kat luar."

Ajak Yunho dengan riang. Dia membawa Jongho dan Mingi bersama.

"Boleh juga," kata Yeohun lalu segera mengemaskan barangnya untuk berjalan-jalan bersama dengan Yunho, Jongho dan Mingi.

Memandangkan Wooyoung, Seonghwa, Hongjoong dan San agak sibuk hari ini, Yunho mengajak mereka untuk berjalan di luar seketika.

Sesekali mereka berbual untuk menghilangkan rasa bosan melanda. Kadang-kala juga mereka tertawa.

Dalam perjalanan menuju ke sebuah cafe, Mingi ternampak susuk tubuh terbaring lemah di hadapan mereka.

"Korang, ada orang pengsanlah."

Kata Mingi lalu menunding jari ke arah orang itu.

Mereka bertiga melihat ke arah orang yang ditunjuk oleh Mingi. Yeohun pula seperti mengenali orang itu.

Lantas dia berlari menghampiri orang yang terbaring lemah itu. Sebaik sahaja meniliti wajah orang itu, Yeohun terkejut.

"Yeohyun hyung?" Dia terkejut setelah mendapati orang itu adalah abang dia sendiri.

"Hyung, kenapa keadaan hyung teruk sangat ni?" soalnya bertubi-tubi. Rasa risau itu mula menguasai dirinya.

Jongho, Yunho dan Mingi pantas berjalan menghampiri mereka berdua.

"Yeohun-ah..." Yeohyun mula bersuara perlahan. Pandangannya mula samar-samar.

"Lari..."

Secara tiba-tiba, badan dia ditangkap oleh seseorang dari belakang. Yeohun terkejut.

"Yah!"

"Heh! Jumpa pun adik kau, Hyun... Pandai juga dia bersembunyi."

Yeohun mengenali pemilik suara itu. Lantas matanya beralih melihat orang yang menangkap dia tadi.

"Ap-appa..."

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now