✎혼자 20

221 52 5
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"San-ah, bangunlah."

Yunho mengejutkan rakan sebiliknya untuk bangun. San yang dari tadi tidur dengan aman itu mula rasa terganggu.

"Wae Yuyu?" soalnya dalam keadaan mamai. Dia melihat jam di telefon dia. Sudah pukul 12:30 malam.

"Aku dengar bunyi something lah tadi..." kata Yunho perlahan.

"Mungkin perasaan kau kot. Tak ada apa lah kat sini," balas San lalu kembali tidur semula.

Yunho mengeluh. Dia mula rasa tidak sedap hati.

Sekarang sudah tengah malam tetapi dia seperti terdengar sesuatu di luar biliknya. Setahu dia, semua kawan-kawan dia sudah tidur sekarang.

"Baik aku pergi tengok sendiri," dengan beraninya Yunho melangkah keluar dari biliknya untuk melihat keadaan di ruang tamu.

Suasana di sana kelihatan agak gelap seketika. Lantas dia buka suis lampu untuk melihat keadaan ruang tamu dengan lebih jelas.

Dia terkejut sebaik sahaja dia ternampak Yeohun sedang tidur di atas sofa. Lantas dia mengejutkan Yeohun untuk bangun.

"Yeohun-ya, kau kenapa tidur kat sini?"

Kejutan Yunho tadi membuatkan Yeohun terbangun.

"Erm... Huh?" Yeohun masih lagi dalan keadaan mamai.

"Kau tak tidur kat bilik ke?" soal Yunho lalu duduk di sebelah Yeohun.

"Eh? Aku tertidur tadi?" tanya Yeohun inginkan kepastian. Yunho mengangguk kecil.

"Yakah? Ka-kalau macam tu aku masuk bilik dulu. Annyeonghi jumuseyo," ucapnya lalu terus masuk ke dalam bilik untuk masuk tidur.

Yunho pula masih lagi tercegat di situ. Dia mula rasa pelik dengan kelakuan Yeohun tadi.

"Kenapa dia tergagap? Takkanlah dia tak sedar yang dia tertidur kat sini tadi?" Gumamnya keliru. Hairan dengan sikap Yeohun tadi.

Tanpa membuang masa dia juga turut masuk ke dalam bilik untuk kembali membuai mimpi semula.

Dia perlukan tenaga yang cukup untuk latihan pada esok hari nanti.

••••••

Pagi itu, Jongho dan Hongjoong datang awal ke KQ. Mereka berjalan menuju ke bilik latihan lalu buka semua suis lampu dan kipas disitu.

Mereka rancang mahu buat live di instagram sementara menunggu waktu latihan bermula.

Hongjoong segera meletakkan iphone dia di holding phone lalu menekan butang live.

"Annyeonghaseyo. Choneun Kim Hongjoong."

"Choi Jongho imnida."

"Nae, pagi ni kitorang ada latihan macam biasa but kitorang dah lama tak buat live kat instagram so kitorang decided nak buat hari ni."

Ketika Jongho dan Hongjoong sedang seronok membuat live, mereka tidak sedar bahawa Yeohun juga turut berada di situ.

"Eh? Korang berdua buat apa tu?" soalan Yeohun tadi mengejutkan mereka berdua.

"Ah... Yeohun, dah lama ke sampai?" tanya Hongjoong semula. Dia sekadar mengangguk.

Yeohun berjalan menghampiri mereka berdua. Kini barulah dia sedar bahawa Hongjoong dan Jong sekarang sedang buat live di instagram.

"Lah... Korang buat live rupanya. Mianhae sebab kacau. Aku pergi buat kerja dululah," katanya lebar lalu meminta maaf pada mereka berdua sebelum berlalu pergi.

Sebaik sahaja kelibat Yeohun tidak kelihatan, anak mata Jongho dari tadi fokus pada bahagian komen tersebut.

"Is that Kang Yeosang?"

"Yeosang?"

"Omg Yeosang is back?"

"Yeosang-ah, bogoshipeo."

Hongjoong dan Jongho tidak tahu apa patut mereka balas dengan komen-komen itu tadi.

Mereka tahu, semua peminat mereka telah dikhabarkan bahawa Yeosang sudah meninggalkan mereka semua sejak dua tahun lalu.

Takkanlah mereka mahu kata yang itu bukan Yeosang sebaliknya Yeohun? Mereka tidak mahu disebabkan Yeohun, peminat mereka menyangka bahawa Yeosang sudah kembali.

Oleh disebabkan itu, mereka membuat keputusan untuk menamatkan terus live mereka tanpa mengucapkan selamat tinggal.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now