✎혼자 35

243 47 20
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Hongjoong dan yang lain kini melawat Jongho yang sudah terlantar di hospital.

Tumbukkan serta tendangan yang diberikan oleh beberapa orang itu tadi telah memberikan kesan yang teruk pada Jongho. Dia mengalami luka yang teruk pada kaki dia dan sedikit lebam pada wajahnya.

"Kau dah okey, Jongho?" tanya San yang berada di sebelah dia.

"Masih pedih... Tapi mana Yeohun hyung?" Jawabnya dan pada masa yang sama bertanya pada abangnya.

"Yeohun kena tarik dengan appa dia. Sekarang polis tengah cari," beritahu Hongjoong.

Jongho melepaskan keluhan berat. Dia ditumbuk tadi kerana mahu selamatkan Yeohun. Namun, tidak berjaya.

"Aku tak tahu kenapa... Aku macam pernah nampak kereta tu..." Yunho mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Kereta apa?" soal Wooyoung ingin tahu.

"Kereta--"

Belum sempat lagi Yunho mahu jawab, Hongjoong tiba-tiba mendapat satu panggilan. Pantas dia jawab.

"Hello? Jinjjayo? Nae kitorang akan ke sana!"

"Kenapa?" tanya Seonghwa.

"Diorang dah jumpa lokasi Yeohun sekarang! Dia kat atas bangunan lama!"

Kata Hongjoong membuatkan mereka semua terkejut.

"Huh? Kat sana?"

"Ya! Kita kena pergi sekarang! Polis pun dalam perjalanan!"

San dan Mingi memapah Jongho untuk berjalan dengan mereka. Hongjoong pula segera membayar kos rawatan Jongho tadi.

Mereka pantas keluar dari hospital dan masuk ke dalam perut kereta untuk pergi ke lokasi yang telah dihantarkan oleh salah seorang polis itu.

•••••••

"Hyung!"

Yeohun terjerit sebaik sahaja melihat abangnya sudah ditikam teruk oleh ayah dia.

Darah milik Yeohyun terpercik keluar dari badannya. Tuan Kang disitu sudah tersenyum seperti orang gila.

Lantas Yeohun menolak Tuan Kang dengan kasar lalu menghampiri Yeohyun yang sudah lemah.

"Hyung! Hyung bangun!"

Dia cuba untuk bangunkan abangnya. Namun, semuanya sia-sia. Yeohyun sudah menghembuskan nafasnya terakhir di situ.

Mata Yeohun sudah berkaca. Darah milik abangnya itu terkena pada baju dan tangan dia. Lalu rambutnya ditarik kasar oleh Tuan Kang.

"Aaahh!"

"Mampos pun abang kau tu! Tadi bukan main kacau aku nak bunuh kau!" Herdiknya. Yeohun mula meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

"Lepaslah! Appa pembunuh!" teriak dia. Rambutnya ditarik dengan lebih kasar lagi.

Dia diheret sehinggalah mereka berada penghujung bangunan tersebut.

"Bukan ke dulu kau pernah terfikir nak terjun kat sini? So... Mestilah kau rasa nak mati kan sekarang?" tanya Tuan Kang lalu dia tertawa berdekah.

Dia mula tergamam. Entah mengapa kelibat Jongho dan kawan-kawan dia mula muncul dalam mindanya secara tiba-tiba. Dia menahan diri daripada menangis.

"Aku nak hidup..." katanya perlahan.

"Encik! Sila lepaskan anak encik sekarang!"

Mereka terkejut setelah mendengar suara tegas itu tadi. Tuan Kang terkedu melihat beberapa polis berada di belakang dia sambil mengacukan pistol.

"Yeohun-ah!"

"Yeohun hyung!"

Dia terkejut melihat semua kawan-kawan dia juga turut berada di situ. Matanya mula berkaca. Tunggu masa sahaja lagi untuk ia pecah.

"Korang..."

"Encik, tolong bagi kerjasama dengan kami!" kata polis itu lagi.

Tuan Kang tersenyum jahat. Satu idea gila muncul dalam mindanya.

Dia menolak Yeohun dengan kuat sehingga dia terjatuh dari bangunan tersebut.

"AAAHHHH!"

"YEOHUN!" Jerit mereka bertujuh sebaik sahaja melihat Yeohun ditolak jatuh.

Tuan Kang cuba untuk melarikan dirinya namun tidak berjaya kerana dia sudah ditangkap oleh polis bersama pembantu dia yang lain.

Jongho dan yang lain berlari ke bawah untuk mencari kelibat Yeohun yang terjatuh tadi.

Mereka tergamam melihat Yeohun sudah terbaring kaku dengan darah mengalir keluar dari badan dia.

••••••••

••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now