•••••••
nareul manna cham
haengbokhaesseo
na itorok saranghal su
isseotteon geonajik eorigo mojaran nae mam
ttatteushan ihaero da
anajweoseoWooyoung dari tadi tidak lepas melihat video yang telah dihantar oleh Hongjoong beberapa minit lepas.
Video Yeohun cover lagu Me After You itu sungguh membuatkan dia kagum. Suara Yeohun sungguh merdu baginya.
"Kau tengok apa tu Woo?" soal San yang kini berada di sebelah dia.
"Video Yeohun nyanyi lagu. Cuba tengok," pantas Wooyoung menunjukkan video tersebut pada San.
"Eh? Ni bukan ke lagu yang mendiang Yeosang nak nyanyi dulu?" soal San. Wooyoung sekadar mengangkat bahu sahaja.
"Tapi nyanyian dia tu memang sama dengan Yeosang..." kata Wooyoung perlahan.
San tidak membalas. Dia juga turut kagum dengan nyanyian Yeohun itu.
Dia tertanya mengapa Yeohun tidak sertai mereka sahaja menjadi trainee? Dia ada bakat...
"Oh ya, mana Yeohun?" tanya Wooyounh setelah mendapati bahawa Yeohun tiada di dorm.
"Dia masih kat bilik vokal rasanya," jawab San.
"Huh? Bukan ke kita tak boleh biarkan dia seorang diri? Kalau abang dia tu jumpa dia nanti macam mana?"
Bertubi-tubi soalan Wooyoung keluar dari mulut dia.
"No need to worry, Woo. Jjong ada dengan dia," ujar San tenang.
Wooyoung menghela nafas lega. Lalu dia kembali melihat semula video yang lain bersama San.
••••••
"Kau dalam bahaya sekarang..."
"Kau kena berhati-hati..."
"Ingat pesan aku ni..."
Yeohun termenung melihat dirinya di hadapan tandas.
Fikiran dia kusut. Sekejap stres dengan kerja, sekejap stres dengan benda lain, kali ini tentang kehadiran abang dia pula.
Disebabkan hal ini, semua kawan-kawan dia mula risaukan terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi Jongho. Dia mula rasa bersalah.
"Aku akan menyusahkan diorang ke?" gumamnya dalam hati.
Dia paling benci saat ini. Saat di mana dia mula overthingking dan fikir tentang perkara bukan-bukan.
Kesan torehan yang terdapat pada kedua-dua pergelangan dia itu ditatap seketika. Kemudian, dia ternampak serpihan kaca di sebelahnya itu.
Dia mula mengambil serpihan kaca itu lalu menghala ke arah pergelangan dia. Baru sahaja dia mahu menoreh, dia dihalang oleh seseorang.
"Kau nak mati ke?" soal orang itu kasar. Yeohun pantas beralih melihat siapakah yang menghalang dia tadi.
Dia terkejut melihat orang itu. Pantas kaca yang dipegang dia tadi terlepas dari tangan dia.
"K-kau..." Yeohun mula tergagap.
"Kau jangan buat kerja bodoh! Cukuplah kau sakiti diri kau hanya disebabkan mental kau tu!" marah orang itu.
Ya, apa yang dia lihat sekarang ialah bayangan Yeosang kini berada di hadapan dia. Yeohun mula mengundur ke belakang.
"K-kau nak apa dari aku?" soalnya tergagap.
"Hidup. Itu jer dan tepati janji kau dengan aku tu," jawabnya lalu bayangan dia mula menghilang dari pandangan Yeohun.
Dia terkedu. Sungguh hari ini amat mengejutkan baginya. Lebih-lebih si Yeosang itu
Ini sudah masuk kali kedua dia melihat bayangan Yeosang. Namun, dia mula rasa sedikit pelik.
Yeosang muncul di dapur sambil berkata dia percayakan dirinya. Kemudian, dia dapat melihat semula punca kematian Yeosang melalui mimpi. Sekarang, Yeosang halang dia tadi dan mahu untuk dia teruskan hidup.
Dia tertanya adakah itu semua hanyalah satu kebetulan? Atau sebaliknya...
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...