✎혼자 01

387 66 25
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"Weyh, kau tengoklah budak tu."

Kata seorang lelaki lalu menunjukkan sesuatu arah kepada kawannya.

"Dah kenapa dia tidur kat depan kubur?" hairan si kawannya melihat seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya terlelap di hadapan kubur.

"Mungkin gila kot," sindir dia. Lalu mereka tertawa berdekah.

Namun, tawa mereka terus terhenti setelah Hongjoong mengetuk kepala mereka dengan kuat.

"Aduh!"

"Korang kenapa cari fasal dengan adik aku?" soal Hongjoong tidak puas hati pada mereka berdua.

Sependek mana pun Hongjoong, bila dia marah memang keluar aura seram dia itu. Hongjoong memandang mereka dengan pandangan tajam.

Mereka tidak membalas pun soalan yang dilemparkan Hongjoong tadi. Sebaliknya mereka berlari meninggalkan dia sebelum kena lebih teruk lagi.

Hongjoong berjalan menghampiri Jongho yang sudah dibuai mimpi di depan kubur kawan baiknya, Kang Yeosang.

"Jongho..." dia mengejutkan Jongho secara perlahan. Lalu dia tersedar.

"Erm?" Jongho masih lagi dalam keadaan separuh mamai.

"Jom balik. Dah lama kita kat sini. Kau tu boleh pula tertidur," ajak Hongjoong membuatkan Jongho terkejut sedikit.

"Eh? Aku--" belum habis lagi Jongho berkata, Hongjoong pantas memotong.

"Tak apa. Hyung faham."

Jongho mengukir senyuman kelat. Dia mengalihkan pandangannya melihat kubur abang dia, Yeosang.

"Yeo hyung, kitorang balik dulu ya? Nanti Jjong lawat lagi," ujar Jongho perlahan sebelum berjalan pulang ke dorm bersama Hongjoong.

Satu senyuman kelat terukir di bibir Hongjoong. Dia tahu Jongho sangat rindukan Yeosang kerana Yeosang merupakan abang kesayangannya.

Namun, takdir telah pun ditetapkan. Yeosang sudah pergi lebih awal daripada mereka semua. Walaupun perit rasanya tetapi mereka yakin pasti ada sebab disebaliknya.

••••••

Seonghwa dan Wooyoung sedang menyiapkan makan malam untuk mereka semua. Itu sudah menjadi rutin harian bagi mereka.

Tidak lama kemudian, pintu dorm dibuka oleh seseorang. Hongjoong dan Jongho melangkah masuk.

"Lambatnya korang balik," tegur San yang kebetulan berada di ruang tamu bersama Yunho dan Mingi.

Jongho tidak membalas. Dia terus memasuki biliknya lalu menguncikan pintu dari dalam. San hairan.

"Hyung dengan Jongho dari mana tadi?" tanya Yunho ingin tahu.

"Aku dari studio tadi. Jongho pula masa tu kat tapak perkuburan. Dia tertidur kat depan kubur Yeosang tadi," jawab Hongjoong lebar.

San, Yunho dan Mingi mengangguk tanda faham. Selepas sahaja itu Hongjoong merebahkan dirinya di atas sofa yang kebetulan Mingi duduk di situ.

"Mesti Jongho masih tak dapat move on kan?" teka Mingi setelah lama mendiamkan diri.

"Kalau kita ni masih lagi tak dapat move on, Jongho lagilah."

Balas San membuatkan Mingi terdiam seketika.

Sudah dua tahun Yeosang meninggalkan mereka semua. Namun, Jongho masih lagi tidak dapat menerima semuanya.

Setiap hari dia akan melawat ke kubur Yeosang tidak kiralah dia sibuk mana pun. Malah, dia juga sering pulang lewat kerana terlelap di depan kubur.

Bunyinya seperti gila namun itulah hakikatnya.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now