✎혼자 37 *final*

379 54 42
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Beberapa minggu sudah berlalu selepas kejadian itu berlaku.

Tuan Kang sudah ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes pembunuhan. Dia dikenakan hukuman gantung atas perbuatan dia itu.

Yeohun dan Yeohyun juga sudah selamat dikuburkan. Jongho masih lagi murung sejak kejadian itu berlaku.

Dia termenung jauh melihat pemandangan luar melalui tingkap. Dia juga tidak seceria seperti dulu.

Sudah dua kali dia alami rasa ini. Kali pertama Yeosang. Dan kali ini Yeohun pula.

Yunho masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja ternampak Jongho masih termenung di situ.

"Jjong, gwenchana?" tegur Yunho lalu melabuhkan punggung dia di depan Jongho.

Dia sekadar menggelengkan kepala. Yunho tersenyum kelat. Lalu dia memegang tangan Jongho.

"Hyung faham apa yang kau rasa sekarang... Orang yang kau sayang dah tinggalkan kau buat selama-lamanya..." kata Yunho perlahan. Namun, Jongho tidak membalas apa-apa.

"Hyung nak kau ingat satu ni. Walaupun diorang dah tak ada sekarang, percayalah yang diorang sentiasa berada di sisi kita."

Tambah Yunho lagi sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Jongho seorang diri di dalam bilik.

Jongho membukan telefon dia lalu melihat gambar dia bersama Yeohun dan Yeosang dulu. Satu senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Hyung... You are my eternally..." ucapnya dengan air mata mengalir membasahi pipi dia.

••••••••

Beberapa tahun kemudian...

"Seven makes one team! Annyeonghaseyo Ateez imnida!"

Ucap mereka bertujuh serentak kepada semua peminat mereka.

Akhirnya setelah lama mereka menjadi pelatih, kini mereka sudah berjaya menjadi idol di bawah syarikat KQ.

Kini mereka ada sesi fansign bersama peminat mereka. Macam-macam perkara berlaku pada waktu itu. Ramai juga peminat mereka memberikan mereka hadiah.

"Annyeong, Jongho." Ucap salah seorang peminatnya. Jongho sekadar tersenyum sahaja.

"Wah! Banyaknya hadiah kau dapat," kata Mingi yang berada di sebelah dia.

"Alah, hyung pun banyak juga!" Balas Jongho. Mingi di sebelahnya sudah tertawa.

Seonghwa, Wooyoung dan San sudah bermain-main di hadapan pentas. Manakala yang lain pula sibuk bercakap dengan peminat mereka.

Ketika Jongho sibuk membiat kerja di yang lain, dia tidak perasan akan kehadiran pasangan kembar di hadapan dia.

"Hai hyung!" ucap si kembar itu kepada Jongho.

"Wah annyeong!" Jongho teruja melihat pasangan kembar itu kini berada di depannya.

Nampaknya bukan remaja sahaja yang meminati kumpulan mereka. Bahkan budak-budak di bawah 12 tahun juga meminati mereka.

"Aigoo kiyowo. Berapa umur korang ni," tanya Jongho mesra.

"11 tahun!" kata mereka serentak. Jongho tertawa kecil.

"Nak hyung tulis nama korang kat sini ke?" soal Jongho lagi.

"Nak! Nak!"

"Okey apa nama korang?"

"Nama kitew Kang Yeosang. Adik saya pula nama dia Kang Yeohun."

Jongho terkaku selepas sahaja si kembar itu memberitahu nama mereka.

"Yeo hyung?" Jongho memandang kembar itu tanpa mengerdipkan mata. Mereka mula berasa sedikit pelik.

"Err... Hyung okey?" tanya mereka serentak membuatkan Jongho tersentak sedikit.

"Owh... Hyung okey. Nah," pantas Jongho memberikan semula album itu kepada si kembar itu tadi.

"Yeyy! Gomawo hyung! Annyeong!"

Si kembar itu pun mula pergi ke tempat lain setelah mengucapkan terima kasih kepada Jongho tadi.

Dia mula rasa pelik. Adakah dia tersilap dengar? Ataupun adakah mereka itu tadi ialah kelahiran Yeosang dan Yeohun semula?

Jongho tidak tahu apa-apa. Tetapi, dia dapat rasakan hatinya terasa tenang setelah berjumpa dengan pasangan kembar itu tadi.

"Yeo hyung, bogoshipeo..."


* The End *

••••••••

Akhirnya habis juga fanfic LONE : Eternally ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya habis juga fanfic LONE : Eternally ni.

Tak sangka banyak mengarut dalam fanfic ni. But yeah, fanfic mengarut ni juga lah korang baca hiks.

Ini merupakan fanfic last saya update sebelum saya hiatus untuk sem 2 dan sem 3 ini.

Thank you kepada sesiapa yang baca, komen and bagi sokongan pada saya dalam fanfic ni!

Maafkan saya kerana ending dia agak kelaut sikit. Mau buat sedih-sedih tapi tak jadi AHAHAHAHAHAH!

Okey itu sahaja dari saya.

I love you, readers ✨💖

[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now