✎혼자 27

217 49 8
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Hongjoong sedang melihat semua hasil kerja Yeohun itu di dalam bilik vokal. Matanya meliar melihat setiap hasil kerja itu satu persatu.

"Boleh tahan juga dia tu..." ujar Hongjoong kagum.

"Yeohun tu memang tak nak jadi trainee macam korang ke?" soal Eden yang kebetulan berada di sebelah dia.

Hongjoong membalas dengan mengangkat bahu. Dia sendiri pun tidak tahu. Yeohun tidak pernah pula kata yang dia mahu jadi trainee.

"Hyung bukan apa, cuma hyung selalu dengar dia menyanyi kat bilik ni seorang diri." kata Eden dengan lebih jelas.

"Serius? Mesti sedap kan suara dia tu," balas Hongjoong lagi.

"Boleh tahan jugalah..."

Hongjoong membuka beberapa folder dalam komputer itu. Kemudian dia memeriksa setiap lagu yang pernah dia buat dulu.

Secara kebetulan, Hongjoong terbuka satu file di mana dalam file tersebut mempunyai lagu cover yang mendiang Yeosang ingin cuba.

"Ini lagu yang Yeosang nak cuba cover dulu..." ujarnya perlahan namun dapat didengari oleh Eden.

"Kau boleh suruh Yeohun cuba cover. Sebab suara dia memang sama dengan Yeosang," cadangnya bersahaja.

Hongjoong tidak membalas. Dia tidak pernah mendengar suara Yeohun menyanyi. Rasa keinginan dia itu mula menguasai mindanya.

"Okeylah. Aku nak panggil dia sekarang," pantas Hongjoong mengambil telefon dia lalu membuat panggilan dengan Yeohun.

••••••

"Huh? Nak suruh aku cover?"  soal Yeohun kurang faham.

Mana tak peliknya sebab dia baru sahaja melangkah masuk bilik vokal, Hongjoong terus menyuruh dia untuk cover lagu.

"Haah. Eden hyung bagitahu aku yang dia selalu dengar kau nyanyi seorang diri kat sini. So, aku ingat aku nak suruh kau try cover sebab..."

Belum habis lagi Hongjoong berkata, Yeohun pantas memotong.

"Sebab suara aku sama macam Yeosang?" Hongjoong mengangguk berkali-kali.

Pantas Hongjoong memberikan kertas lirik kepada Yeohun. Dia menatap seketika.

"Me after you? Tu lagu fav aku," kata Yeohun teruja.

"Sama macam Yeosang lah kau," jawab Hongjoong sambil tertawa.

Yeohun sekadar tersenyum sahaja. Dia cuba menyanyi lagu itu secara perlahan supaya Hongjoong tidak mendengar.

"Kuatlah sikit. Kau ingat aku boleh dengar ke?" teguran Hongjoong tadi membuatkan dia terkejut sedikit.

"Ta-tapi aku malulah," katanya tergagap.

"Apa guna aku suruh kau cover tapi aku sendiri tak dengar? Tak perlulah nak malu," kata Hongjoong sambil tertawa berdekah.

Yeohun malu. Dia tidak pernah menyanyi depan orang lain. Ini merupakan kali pertama orang mahu mendengar nyanyian dia.

"Err... Okey..."

••••••

"Hyung rasa aiskrim ni sedap tak?"

Tanya Jongho kepada Yunho. Kini mereka berada di kedai sarbeneka 7E untuk belikan sedikit makanan buat kawan mereka yang lain.

"Min choco? Aku rasa kalau kau bagi kat San, dia takkan tolak." Balas Yunho selepas melihat aiskrim yang ditunjuk oleh Jongho tadi.

Selepas sahaja membuat bayaran di kaunter, mereka berdua melangkah keluar untuk dan berjalan menuju ke syarikat KQ semula.

Dalam perjalanan itu, Yunho ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berada di tepi lorong sedang mencari sesuatu. Pantas dia menarik Jongho untuk bersembunyi.

"Hyung kenapa?" tanyanya pelik. Namun Yunho menyuruh dia untuk berdiam diri.

Dia perhatikan orang itu dari jauh. Lelaki itu seperti mencemuh sesuatu sebelum dia berlalu pergi.

"Ish! Mana dia ni?" rungutnya. Lalu dia pergi meninggalkan lorong tersebut.

Setelah kelibat lelaki itu tadi hilang, Jongho dan Yunho mula keluar dari tempat mereka bersembunyi tadi. Yunho menghela nafas lega.

"Hyung, siapa lelaki tu tadi?" soal Jongho ingin tahu.

"Abang Yeohun..." jawabnya perlahan.

"Mwo?"

••••••••

••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now