••••••
"Berhenti! Kau ulang kesilapan yang sama!"
Marah Hongjoong membuatkan semua yang berada di practice room itu terhenti serta merta.
Mata mereka semua kini tertumpu pada Hongjoong yang sedang memarahi Jongho.
"Berapa kali aku nak kena cakap yang pergerakkan kau tadi tu salah! Kau masih lagi buat benda yang sama!"
Jongho tidak bersuara pun apa yang Hongjoong melontarkan kata-katanya yang pedas tadi. Ia umpama masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri.
"Dah lah, korang semua boleh balik! Aku ada hal nak kena buat!" Laung Hongjoong seperti menghalau mereka semua untuk pulang ke rumah.
Dia masih lagi dalam mood tak stabil. Habis masa dia terbazir disebabkan kesilapan Jongho itu tadi. Dia terus keluar dari practice room selepas memarahi Jongho.
Tanpa banyak bercakap mereka semua mula mengemas barang mereka untuk pulang. Sesekali ada juga yang merungut.
"Kalau ya pun janganlah tengking macam tu. Benda boleh betul kan semula," cemuh Mingi.
"Yah, kalau bukan disebabkan Jongho tadi Hongjoong hyung takkan marah." Cebik San.
"Kan. Aku pun geram juga kalau aku di tempat Hongjoong hyung," sampuk Wooyoung.
"Dah lah jom kita balik. Tak ada guna juga kalau kita merungut jer ni," ajak Yunho seraya mengambil semua barangnya untuk pulang ke rumah.
Jongho masih lagi tercegat di situ. Dia tidak tahu mengapa dengan dirinya hari ini. Dia rasa susah untuk fokus masa latihan tadi.
Adakah kerana terlalu risau tentang Yeohun? Dia sendiri pun tidak tahu.
••••••
Yeohun yang tadinya sedang buat kerja dengan aman tiba-tiba mula berasa sedikit terganggu setelah terdengar bunyi yang bising di practice room.
"Huh? Apa yang dah berlaku?" detiknya dalam hati.
Dia pantas keluar dari bilik vokal dan berjalan menuju ke practice room. Dalam perjalanan itu, dia terserempak dengan Hongjoong.
"Hyung, apa yang dah berlaku tadi?" soal Yeohun ingin tahu.
Dia perasan bahawa riak wajah Hongjoong berubah setelah dia bertanya. Hongjoong memandang dia dengan dingin sebelum berlalu pergi.
Yeohun keliru. Malah, dia juga perasan bahawa semua rakan-rakannya sudah melangkah keluar dari practice room dengan riak wajah tidak puas hati.
"Korang semua nak pergi mana?" soal Yeohun.
"Haah. Kitorang balik dulu, Hun. Jangan pulang lewat sangat," sempat lagi Seonghwa menasihati dia sebelum berjalan bersama dengan yang lain.
Yeohun tidak membalas. Dia berjalan menuju ke practice room untuk lihat siapa lagi yang belum pulang.
Di situ dia ternampak kelibat Jongho sedang duduk sambil meramas rambutnya dengan kasar. Dia kelihatan seperti tertekan.
"Jongho-ya, gwenchana?"
Jongho yang dari tadi menunduk itu mula mengangkat kepala. Dia lihat Yeohun kini berada di hadapan dia dengan riak wajah yang risau.
"Hyung..."
"Kenapa ni? Apa yang dah berlaku?" Yeohun melontarkan soalan yang sama kepada Jongho.
"Aku buat silap tadi tu yang diorang semua pergi," jawab Jongho perlahan.
Yeohun mengangguk tanda faham. Lantas dia duduk di hadapan Jongho dan cuba untuk menenangkan dia sebanyak mungkin.
"Kau jangan stress sangat. Hyung yakin lepas ni semuanya akan baik-baik," pujuknya lembut.
Jongho sekadar akur. Entah mengapa situasi ini mula mengingatkan dia dengan mendiang Yeosang dulu. Matanya mula berkaca.
"Eh eh! Jjong kenapa ni?" Yeohun mula gelabah.
"Mian cuma cara hyung tadi buatkan aku teringat kat Yeosang hyung..." balas Jongho dengan suara yang serak.
Yeohun tersenyum kelat. Dia mula rasa bersalah pada Jongho lalu pantas dia cuba untuk menenangkannya.
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...