•••••••
"Jadi kau nak siapkan semua kerja malam ni juga ke?" soal Seonghwa tidak puas hati dengan Hongjoong.
"Haah." Jawabnya sepatah. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin komputer ribanya.
"Hongjoong, kau tahu kan yang aku tak dapat tidur kalau lampu ni masih terbuka?" tanya Seonghwa lagi.
"Tahu," sekali lagi Hongjoong membalas sepatah. Seonghwa mula berasa sedikit geram.
"Kalau macam tu aku buat kerja aku kat luar. Kau tidur dulu."
Belum sempat lagi Seonghwa mahu bersuara, Hongjoong terlebih dahulu keluar dari biliknya dengan membawa semua kerjanya.
Dia terasa malas untuk membalas lagi. Lantak dia lah. Apa yang penting sekarang ialah dia mahu tidur.
Hongjoong membuat kerjanya di ruang tamu seorang diri. Walaupun sudah lewat malam, dia tetap mahu siapkan semua kerjanya malam ini supaya kerjanya tidak bertimbun pada esok hari.
Sedang fokus Hongjoong menyiapkan kerja, Yeohun keluar dari biliknya. Dia terkejut melihat Hongjoong seorang diri di ruang tamu.
"Hyung? Tak tidur ke?" tegurnya membuat Hongjoong terkejut sedikit.
"Belum sebab hyung masih lagi buat kerja. Kau pula?" balasnya pada masa yang sama menyoal Yeohun semula.
"Aku tak dapat tidur sebab aku lapar. Aku ingat nak masak mi segera kat dapur," jawabnya lebar.
"Kalau macam tu boleh tolong masakkan mi sekali untuk hyung? Hyung pun lapar juga."
"Boleh jer."
Yeohun pantas mengambil dua bungkus mi segera lalu mula memasak di dapur. Pada tengah malam jugalah perut buat hal.
Hongjoong pula masih lagi fokus dengan kerjanya. Nasib baiklah Yeohun ada tolong masakkan makanan untuk dia. Dia pun turut lapar.
"Nah hyung."
Yeohun menghidangkan semangkuk mi segera dan air kosong untuk Hongjoong.
"Gomawo," ucap Hongjoong perlahan.
Lalu dia menyambung membuat kerjanya sambil makan. Namun perbuatan dia itu ditegur oleh Yeohun.
"Hyung makanlah dulu. Tak elok makan sambil buat kerja."
"Tapi nanti kerja aku tak siap..." balas Hongjoong.
"Tak apa. Aku boleh tolong hyung nanti. Hyung makan dulu ya."
Malas mahu membalas, Hongjoong sekadar akur sahaja.
Dia selalu ditegur oleh adik-adiknya supaya jangan terlalu leka buat kerja nanti tidak bagus untuk kesihatan.
Selesai sahaja makan dan mencuci mangkuk, Yeohun pun melihat apa kerja yang Hongjoong buat sekarang.
"Hyung, aku tahu cara nak mudahkan kerja hyung. Bak sini laptop hyung tu."
Yeohun pantas mengambil komputer riba itu tanpa mendengar pun balasan Hongjoong tadi.
Dia mula menaip sesuatu lalu menekan beberapa file. Tidak lama selepas itu dia memberikan semula komputer riba itu pada Hongjoong.
"Wah! Macam mana kau buat ni?" soal Hongjoong terkejut.
Dia tidak menyangka kerjanya sudah siap disebabkan oleh Yeohun tadi.
"Aku pernah ambil aliran composer ni hyung. Aku minat dalam bidang muzik tapi aku terpaksa tukar atas sebab tertentu dulu," terang Yeohun.
Hongjoong tergamam. Kagum dengan kebolehan Yeohun tadi. Dia patut banyak belajar dari Yeohun.
"Hyung pergilah masuk tidur. Esok mesti hyung kena bangun awal kan?"
Kata Yeohun lagi. Dia mengucapkan selamat malam kepada Hongjoong terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam biliknya.
Hongjoong pula masih lagi terkaku di ruang tamu. Entah mengapa selepas Yeohun menolong dia buat kerja tadi, dia mula terfikir sesuatu untuk membantu Yeohun pula.
"Agaknya dia kisah tak?" itulah soalan yanh dilontarkan di luar mulut Hongjoong.
Ya, dia mahu Yeohun untuk kerja sama dengannya di studio.
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...