✎혼자 32

217 46 0
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Mentaliti Yeohun tidak berapa stabil sejak akhir-akhir ini. Kadang-kala dia marah secara tiba-tiba, kadang-kala dia menangis tanpa sebab dan dia juga sering kali mendiamkan dirinya.

Walaupun Jongho dan yang lain sudah bertanya berkali-kali apa masalah dia, dia tidak menjawab. Dipaksa macam mana pun dia tetap tidak mahu.

Oleh disebabkan itu, Hongjoong membuat keputusan untuk membawa Yeohun ke klinik untuk mendapatkan rawatan psikologi.

"Hasil daripada keputusan ni, kawan kamu mengalami kemurungan dan overthinking yang agak teruk." Kata doktor itu kepada Hongjoong.

"Apa ubat dia, doktor?"

"Kamu kena luangkan masa kamu lebih dengan dia. Jangan biarkan dia seorang diri. Kalau keadaan dia masih teruk juga dia terpaksa dihantar ke hospital mental," pesan doktor itu.

Hongjoong mengangguk tanda faham. Lalu dia menoleh ke arah Yeohun yang dari tadi mendiamkan dirinya.

"Terima kasih doktor. Kajja Hun, kita balik."

Ucapnya lalu dia mengucapkan terima kasih kepada doktor yang memeriksa keadaan Yeohun tadi.

Sepanjang waktu perjalanan mereka pulang ke rumah, suasana di antara mereka berdua senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi pun yanh didengari.

"Yeohun... Kalau ada masalah atau apa, just bagitahu kat kitorang ya?" kata Hongjoong kepada Yeohun.

Sekali lagi Yeohun tidak membalas apa-apa. Dia membuang pandangannya melihat pemandangan luar melalui tingkap kereta.

Hongjoong mengeluh. Sekiranya keadaan Yeohun semakin teruk, mereka terpaksa menghantar dia ke hospital mental.

Namun masalahnya sekarang ialah mereka tidak mempunyai banyak wang untuk menangung kos rawatan Yeohun nanti. Dia bingung apa patut dia buat sekarang.

••••••

Hongjoong dan Yeohun tiba di rumah mereka. Kebetulan Seonghwa dan Yunho berada di ruang tamu itu segera menghampiri mereka berdua.

"Hyung, macam mana keadaan Yeohun?" tanya Yunho ingin tahu.

Hongjoong tidak mahu menjawab soalan Yunho itu dulu. Dia segera memanggil San yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik tadi.

"San-ah, tolong jaga Yeohun kat bilik kejap." Arahnya. San tanpa membuang masa hanya akur sahaja lalu membawa Yeohun masuk ke dalam bilik.

Kini hanya Hongjoong, Seonghwa dan Yunho sahaja di ruang tamu. Mingi dan Jongho pergi membeli barang seketika manakala San dan Wooyoung pula menjaga Yeohun di dalam bilik.

"Kenapa dengan Yeohun tadi tu?" tanya Seonghwa.

"Doktor beritahu aku yang kemurungan dan overthinking Yeohun agak tinggi. Kalau keadaan dia berterusan macam ni, dia terpaksa dimasukkan ke hospital mental..."

Mereka berdua terdiam setelah Hongjoong memberitahu apa yang telah berlaku tadi.

"Ta-tapi kalau betul Yeohun kena masuk hospital, macam mana kita nak bayar?"

"Itulah. Kos rawatan Yeohun dulu pun boleh tahan tinggi. Macam mana ni?"

Hongjoong melepaskan keluhan yang berat. Bukan dia seorang sahaja yang risau, mereka semua risau akan keadaan Yeohun itu.

"Salah satu cara untuk kurangkan kemurungan dia ialah jangan biarkan dia seorang diri," tambah Hongjoong.

Seonghwa dan Yunho terfikir seketika. Tidak lama kemudian Jongho dan Mingi tiba di rumah dengan membawa barang yang mereka beli tadi.

"Hyung, kitorang dah balik." ucap mereka berdua serentak.

"Okey, barang tu tolong letak kat sana ya? Nanti hyung kemas," balas Seonghwa sambil tersenyum nipis.

Anak mata Yunho dari tadi perhatikan Jongho yang sedang meletakkan barang itu. Lalu satu idea tiba-tiba sahaja muncul dalam mindanya.

"Hyung, aku tahu siapa yang dapat tolong Yeohun nanti!" ujar Yunho teruja.

"Nugu-ah?"

"Choi Jongho."

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now