✎혼자 16

223 50 20
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Dia mengurutkan dahi melihat keadaan di sekeliling dia. Kosong dan gelap. Itu sahaja yang dia nampak sekarang.

"Aku kat mana ni?" soalnya perlahan.

Jongho berjalan ke hadapan tanpa hala tuju. Dia hanya mengikut langkah kakinya.

"Jongho?" suara itu tadi membuatkan Jongho terhenti langkah.

Pantas dia mencari kelibat suara tadi. Sungguh dia amat kenal suara yang memanggil namanya tadi.

"Jongho-ya..." Panggil orang itu lagi.

"Yeosang hyung? Hyung ke tu?"

Jongho keliru. Dia yakin dia tidak silap dengar. Itu tadi suara milik Yeosang!

"Hyung kat mana?" soalnya kuat.

"Bangun Jongho-ya..."

"BANGUN!"

Tiba-tiba keadaan di sekelilingnya pecah seperti kaca. Dia terkejut.

Matanya sempat menangkap bayangan Yeosang yang semakin menghilang dari pandangannya.

•••••••

Jongho terus terbangun selepas dia terdengar jeritan dari seseorang.

Pantas dia menjeling melihat orang yang menghancurkan mimpi dia tadi. Tidak lain dan bukan, Park Seonghwa.

"Ish! Bangunlah anak-anak oi! Sakit suara aku sebab nak kejutkan korang semua ni tahu?"

Marahnya. Jongho memutarkan kedua bola matanya lalu menyambung mimpi semula.

"Kitorang tak suruh pun hyung bangunkan kitorang," kata Wooyoung dalam keadaan separuh mamai.

"Hello? Sedar sikit sekarang ni dah pukul berapa? Lepas ni kita ada banyak latihan yang perlu dibuat!" Ujar Seonghwa lagi.

Wooyoung malas mahu membalas kata-kata Seonghwa itu tadi. Dia pun turut menyambung mimpi sama macam Jongho.

Seonghwa di situ sudah menahan geram. Payah mahu kejutkan mereka semua untuk bangun. Tetapi nasib baiklah Hongjoong dan Yunho senang sikit.

"Hyung kenapa pagi-pagi marah ni?" tanya Yeohun sedikit hairan.

"Roommate kau tu payah sangat nak bangun! Geram aku!" Cemuhnya.

Yeohun memandang Wooyoung dan Jongho yang masih lagi terlelap itu.

"Biar aku jer kejutkan diorang. Hyung pergilah bersiap dulu," kata Yeohun menawarkan dirinya.

Seonghwa berlalu pergi selepas itu. Yeohun lantas masuk ke dalam biliknya untuk mengejutkan Jongho dan Wooyoung.

"Wooyoung... Bangunlah," kejutnya lembut.

"Erm... 5 minit lagi," katanya perlahan.

Belum sempat lagi Wooyoung mahu menyelimut diri, Yeohun terlebih dahulu menarik selimut Wooyoung dengan kasar.

"Huuaah! Bagilah balik selimut tu!"

"Haa... Dah bangun pun. Cepat pergi mandi!" Arahnya lalu mencampakkan semula selimut kepada Wooyoung.

Dia mencebik perlahan. Dengan langkah yang malas, dia turun dari katilnya lalu berjalan menuju ke bilik air untuk mandi.

Selesai sahaja mengejutkan Wooyoung, Yeohun beralih pula pada Jongho yang sedang nyenyak tidur itu.

"Jongho-ya, ironaseyo..." kejutnya perlahan. Sesekali dia menepuk badan Jongho dengan lembut untuk bangunkan dia.

"Erm... Hyung janganlah pergi..."

Yeohun berkerut dahi selepas dengar sahutan dari Jongho tadi.

Apa mungkin dia mengigau? Yeohun cuba kejutkan dia buat kali kedua.

"Jongho-ya, bang--"

"YEOSANG HYUNG!"

Jongho tiba-tiba terbangun selepas dia terjerit nama Yeosang tadi. Yeohun di sebelahnya terkejut.

Riak wajah Jongho menunjukkan bahawa dia seperti ketakutan sesuatu. Habis basah dahinya akibat berpeluh.

"Jjong, gwenchana?" soalnya risau.

"Ta-tadi aku mimpi yang Yeosang hyung..."

Jongho termati kata. Entah mengapa mimpinya tadi agak menakutkan baginya.

Dia bermimpi bahawa Yeosang seperti marahkan dia sesuatu. Tetapi fasal apa dia sendiri tak tahu.

Yeohun mengusap belakang Jongho lembut supaya dia dapat tenangkan diri seketika.

"Tu mesti mimpi buruk tadi. Kau tenangkan diri dulu okey? Lepas tu bersiap untuk latihan korang tu," pesannya ramah.

Yeohun melangkah keluar dari bilik meninggalkan Jongho seorang diri di situ.

Jongho pula masih keliru. Dia tertanya mengapa Yeosang muncul dalam mimpinya tadi.

Apakah yang ingin dia sampaikan pada Jongho? Itulah soalan yang bermain di mindanya kini.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now