••••••
"Tolong apa?"
Tanya Yeohun sedikit keliru. Dia tidak teringat pula bahawa dia meminta tolong dari mereka.
"Tolong kau lah. Kau boleh tinggal dengan kitorang kalau tak kisah."
Terbeliak mata Yeohun dibuatnya selepas mendengar kata Seonghwa itu tadi.
"Huh? Tinggal dengan korang?" soal Yeohun lagi. Pantas yang lain mengangguk kepala.
"Ya. Lagipun kitorang pun ada ruang kosong untuk kau," balas Yunho.
"Tapi... Itu kan milik mendiang kawan korang. Tak apa ke?"
Yeohun mula rasa bersalah. Malah, dia juga takut sekiranya dia ni menyusahkan mereka semua.
"Tak apa. Lagipun rupa kau memang serupa habis dengan mendiang kawan kitorang tu. Mungkin lama-lama kitorang akan terbiasa dengan kau," terang San pula.
Yeohun tergamam. Dia tidak menyangka akan ada juga orang yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.
Dia sungguh rasa terharu. Matanya mula berkaca.
"Yah, hyung kenapa ni?" soal Jongho sebaik sahaja perasan bahawa mata Yeohun sudah berkaca.
"Aku terharu... Sebab korang sudi tolong aku. Aku tak tahu macam mana nak balas," jawab Yeohun dengan suara yang serak. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh.
"Tak perlulah rasa bersalah sangat. Bila kitorang tengok rupa kau, hilang sikit rasa rindu kitorang kat mendiang kawan kitorang tu." Sampuk Wooyoung pula lalu menyapu mata Yeohun lembut.
Yeohun tersenyum manis. Lega hatinya selepas mendengar tadi.
"Oh, kau belum tahu lagi kan nama kitorang?" tanya Mingi. Yeohun mengangguk.
"Haah. Aku cuma tahu Jongho jer," katanya.
"Aku Kim Hongjoong. Aku tua sikit dari kau umur 21 tahun."
"Aku Park Seonghwa. Umur 21 tahun juga."
"Nama aku Jeong Yunho. Umur sebaya dengan kau 20 tahun."
"Choi San umur 20 tahun."
"Song Mingi. Umur aku 20 tahun juga."
"Jung Wooyoung and sama umur kau."
Yeohun mengangguk tanda faham. Kini dia sudah mengenali mereka semua.
Rupanya ramai juga yang seumur dengannya. Jongho mudah setahun darinya manakala Hongjoong dan Seonghwa pula tua setahun darinya.
"Okey. Buat masa sekarang kau kena rehat dulu. Aku akan tanya doktor bila kau boleh keluar," kata Hongjoong lagi.
"Nae. Gomawo sebab tolong aku lagi," ucap Yeohun kepada mereka berenam.
Dia tidak menyangka rupanya wujud juga orang yang mempunyai hati yang suci seperti mereka.
"Hal kecil jer tu." Balas mereka serentak lalu tertawa bersama.
Jongho tersenyum tawar apabila melihat senyuman yang diukir di bibir Yeohun itu.
Sungguh dia rindukkan senyuman itu. Senyuman yang mengingati dia dengan Yeosang dulu.
"Yeosang hyung, bogoshipeo." ungkapnya perlahan.
"Nado, Jongho-ya."
Pantas Jongho menoleh kepalanya ke belakang. Dia seperti terdengar sesuatu tadi.
Dia tersilap dengarkah? Namun, suara tadi itu seperti suara milik mendiang Yeosang.
"Mungkin perasaan aku?" Gumamnya perlahan sambil menggaru tekuk belakangnya.
Namun, entah mengapa dia rasa seperti dia diperhatikan oleh seseorang. Seolah-olah dia dapat merasa seperti dulu.
Dimana dia berhalusinasi bahawa Yeosang sentiasa berada di sisinya.
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...