••••••
"Gomawo sebab selamatkan aku tadi. Kalau tak mungkin aku dah mati kat situ."
Ucap Yeohun kepada Yunho dan Mingi. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu membalas budi mereka.
"Siapa yang pukul dan tendang kau tadi?" soal Hongjoong yang berada di sebelah dia.
"Abang aku..." jawabnya perlahan sambil menunduk.
"Kenapa dia buat macam tu kat kau?" tanya San pula ingin tahu.
Yeohun melepaskan keluhan kecil. Dalam hatinya terasa berat untuk menjawab soalan yang dilemparkan San tadi.
"San, kau tak rasa ke soalan kau tadi tu buat dia sensitif?" tegur Seonghwa tegas. San menuncungkan bibirnya.
"Tapi bagi aku tak salah juga kalau San tanya sebab kalau betul dia kata abang dia yang pukul dia, apa sebab?"
Wooyoung mencelah. Dia juga ingin tahu mengapa.
Yeohun terdiam. Dia tidak tahu sama ada mahu menjawa atau tidak. Dia dalam dilemma.
Jongho yang dari tadi membisu itu mengusap tangan Yeohun lembut. Matanya beralih melihat Jongho yang sedang memerhatikan dia kini.
"Hyung bagitahu jer kenapa. Mana tahu kitorang boleh tolong hyung," kata Jongho membuatkan yang lain terkejut sedikit.
"Wait, kau kenal dia?"
"Bila masa kau kenal dia?"
"Apa nama kau?"
Ya, mulalah bising dalam wad itu disebabkan mereka. Yeohun pula keliru sama ada mahu menjawab mana satu dulu.
"Korang, diam sikit boleh tak? Sini hospital bukannya kat zoo!"
Hongjoong segera menegur adik-adiknya supaya senyap. Takut pula kalau nurse yang tegur nanti. Lagilah malu.
Yeohun tertawa kecil. Dia mengambil nafas sebelum menjawab soalan mereka tadi satu persatu.
"Nama aku Kang Yeohun. Umur aku baru 20 tahun," jawabnya ringkas.
"Jongho pernah tak bagitahu kau yang rupa kau sama dengan mendiang kawan kitorang tu?" Yeohun mengangguk dengan soalan yang dilemparkan oleh Yunho tadi.
"Bukan setakat rupa sama. Nama dengan umur pun dua kali lima juga," sampuk Mingi.
"Soalan aku tadi kau belum jawab," kata San. Yeohun tersedar sedikit.
"Ah... Macam mana nak cakap ya?" Yeohun mula teragak-agak.
Namun sebaik sahaja melihat mereka sedang memandang dia dengan serius, dia tiada pilihan lain melainkan jawab sahaja.
"Aku dengan abang aku selalu bergaduh. Dulu dia tak macam tu tapi sejak dia dibuang kerja, dia jadi kaki judi. Dia akan selalu pukul aku kalau aku tak bagi dia duit."
Ceritanya lebar. Mereka yang mendengar itu terdiam serta-merta.
"Tadi aku cuma nak pergi kerja macam biasa tapi dia halang aku. Dia kata dia lapar jadi dia nak minta duit dari aku. Masalahnya aku pun tak ada duit sebab dia dah guna untuk main judi. Dia pun marahlah and pukul aku sampai macam ni."
Selepas sahaja dia habis cerita, air matanya mula mengalir dengan deras. Tidak tahu bagaimana mahu kata kerana dia berasa sangat tertekan dengan abangnya, Yeohyun.
Jongho segera memeluk Yeohun dengan erat untuk menenangkan dia. Kini baru dia faham mengapa di pergelangan Yeohun terdapat banyak kesan torehan.
"Jahatnya abang kau..." ujar Seonghwa perlahan. Yeohun mengeluh. Pelukkan mereka tadi mula terlerai.
"Aku takut nak balik rumah. Kalau aku balik, aku akan dipukul lebih teruk lagi. Sebab itu lah aku toreh tangan aku," tambahnya lagi lalu menunjukkan kesan torehan tersebut pada mereka semua.
Mereka tergamam. Kelihatan agak teruk kesan torehan yang telah dibuat oleh Yeohun itu.
Hongjoong yang dari tadi terdiam itu tiba-tiba mempunyai satu idea yang bernas.
"Kitorang boleh tolong kau kalau kau tak kisah," katanya pada Yeohun.
"Tolong apa?"
•••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...