✎혼자 31

205 47 5
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Beberapa tahun lalu...

"Yeohyun, dengar cakap omma... Kamu kena lari dari appa kamu yang gila tu!"

Pesan si ibu kepada anak sulungnya, Kang Yeohyun. Dia melihat ibunya dengan mata yang berkaca.

Keadaan ibunya sudah teruk. Dia sudah dipukul dan didera oleh Tuan Kang dengan kejam. Yeohyun menahan dirinya daripada menangis.

"Om-omma pula macam mana?" soalnya risau.

"Jangan risaukan fasal omma. Yang penting sekarang ni tolong bawa Yeohun lari!" Kata Puan Kang lalu menyekat air mata Yeohyun yang sudah jatuh itu.

"KAU KAT MANA GILA?"

Mereka tersentak selepas terdengar suara garau Tuan Kang tadi. Pantas Yeohyun memeluk Puan Kang dengan erat.

"Kamu kena lari, Yeohyun! Lari!"

Jeritnya lalu menolak Yeohyun jauh dari dia. Setelah ternampak kelibat Tuan Kang yang berada di hadapan ibunya, dia terus melarikan diri.

Yeohyun berlari menuju ke bilik adiknya iaitu Kang Yeohun. Kelihatan dia sudah terbaring lemah di atas katil.

Waktu itu Yeohun sakit. Dia tidak dapat ingat apa yang sudah berlaku pada waktu itu. Yeohyun segera memapah Yeohun lalu berlari keluar dari rumahnya.

"AAAHHHHH!"

Dia terkejut setelah mendengar jeritan dari Puan Kang tadi. Lantas dia menoleh ke belakang untuk lihat.

"OMMA!" teriaknya selepas melihat keadaan ibunya sudah teruk.

"LARI HYUN! LARI!"

Yeohyun tidak dapat membalas apa lagi. Dia terpaksa meninggalkan ibunya diseksa oleh Tuan Kang demi menyelamatkan dirinya dan juga Yeohun.

Dia berlari jauh dari rumahnya. Setelah dia rasa dia sudah berlari jauh, dia rehat seketika di tempat yang terpencil.

Yeohyun membaringkan adiknya di atas paha dia. Sesekali dia melihat Yeohun yang masih tidak sedarkan diri dengan pandangan sayu. Lalu dia mengeluh.

"Haih... Apa patut aku buat sekarang?" keluhnya. Sekarang dia tidak tahu apa patut dia buat sekarang.

Tuan Kang membunuh ibunya kerana dia mengangap bahawa mereka semua ini pembawa malang baginya.

Mengapa Tuan Kang sanggup buat begini pada mereka semua? Salah apa dia sendiri tidak tahu.

End flahsback

••••••

Yeohyun meraup wajahnya kasar setelah teringatkan semula tentang kisah silamnya yang hitam itu.

Dia tidak menyangka bahawa Tuan Kang masih mencari dia dan Yeohun. Walaupun bertahun-tahun perkara itu sudah berlalu, dia tetap mahu membunuh mereka.

"Dekat mana aku nak cari Yeohun ni?" keluhnya. Lalu dia mengusutkan rambut dia dengan kasar.

Dia mahu mencari Yeohun supaya dia dapat bawa Yeohun bersembunyi jauh dari ayahnya. Namun, Yeohun sendiri hilang dari pandangan dia.

"Jangan-jangan dia dah tak ada..." katanya perlahan.

Dia tahu bahawa Yeohun mengalami masalah mental. Bila-bila masa sahaja Yeohun boleh buat kerja gila.

"Tu dia!"

"Cepat tangkap!"

Yeohyun terkejut setelah mendengar suara orang yang tidak jauh darinya.

Pantas dia berlari cuba untuk menyembunyikan dirinya. Namun, dia tidak sempat kerana dia sudah ditahan oleh seseorang.

"Kau jangan nak lari! Sekarang ikut kitorang!"

Dia dibawa oleh orang itu dengan paksa. Dia cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.

Dia dapat merasakan sesuatu yang bakal berlaku pada dirinya selepas ini...

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now