✎혼자 10

245 54 12
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Setelah beberapa hari berlalu, Yeohun dapat keluar dari hospital selepas dia rasa dirinya sudah sihat sepenuhnya.

Jongho dan Yunho datang ke hospital untuk membantu Yeohun mengemas barang dan menjemput di ke rumah baru.

"Tak apa ke? Barang aku ni macam berat..." tanya Yeohun dengan rasa sedikit bersalah.

"Tak apa. Aku kuat hyung. Kau suruhlah angkat berat mana pun, aku boleh angkat!"

Balas Jongho dengan angkuh. Yeohun tertawa kecil.

Jongho dan Yunho meletakkan barang Yeohun di dalam kereta. Selepas sahaja itu, mereka bergerak menuju ke dorm.

Tiba sahaja dorm, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Yeohun agak kagum melihat keadaan dorm mereka sangat kemas dan bersih.

"Mulai sekarang ni rumah kau. Kau tak perlu risau fasal lain lagi dah," kata Yunho seraya meletakkan barang Yeohun di depannya.

"Thanks..." ucapnya ringkas.

"Oh ya, kau tidur dengan Jongho dan Wooyoung. Cadar yang warna merah tu katil kau ya," kata Seonghwa pula. Yeohun mengangguk.

Dia berjalan memasuki bilik barunya. Kelihatan Wooyoung sedang berbual dengan San di atas katil.

"Yo, roommate baru aku dah sampai!" sapa Wooyoung mesra.

"Perlukan apa-apa bantuan, Yeo?" tanya San pula. Pantas Yeohun menggeleng.

"Tak. Biar aku kemas sendiri," jawabnya lembut. WooSan mengangguk faham lalu kembali berbual semula.

Yeohun sibuk mengemas barangnya di dalam almari dan meja barunya itu. Baru sahaja dia buka bahagian laci, dia ternampak sekeping gambar yang membuatkan dia terkaku seketika.

 Baru sahaja dia buka bahagian laci, dia ternampak sekeping gambar yang membuatkan dia terkaku seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ya, wajah mendiang Yeosang terpapar di gambar tersebut. Yeohun melihat seketika sebelum dia letak balik di tempat yang asal.

Betul kata Jongho, rupa mereka memang sama sangat. Seperti tiada langsung perbezaan.

"Mesti diorang rindu dengan dia ni kan..." detiknya dalam hati.

Selepas sahaja mengemas barang, Yeohun merebahkan dirinya di atas katil yang empuk.

Patung hehetmon milik Yeosang itu ditatap seketika.

"Comel..." ujarnya kecil. Dia yakin mesti patung itu milik mendiang kawan mereka.

Baru sahaja dia mahu terlelap, dia mula terdengar sedikit perbualan Wooyoung dan San yang kini berada di atas katilnya itu.

"Mana Jongho pergi?"

"Rasanya pergi kubur kot? Lawat Yeosang."

"Lah? Aku ingat bila Yeohun tinggal dengan kita, dia takkan pergi."

"Gila kau. Yeohun tu bukan Yeosang."

"Tahulah tapi rupa dia dengan Yeosang kan sama jer."

"Memanglah cuma Yeohun tu orang lain. Yeosang ibaratkan abang kandung Jongho tahu."

"Kan? Sampaikan dia berhalusinasi yang Yeosang masih hidup sedangkan dia dah tak ada."

"Itulah. Kadang-kadang kasihan juga aku dengan Jongho tu."

Entah mengapa selepas sahaja mendengar perbualan Wooyoung dan San tadi, hatinya mula rasa lain macam.

Bukan kerana dirinya tetapi dia mula rasa risau dengan Jongho. Pantas dia bangun dan melangkah keluar dari dorm untuk cari Jongho.

"Agaknya dia kat kubur ke?"

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now