✎혼자 02

302 60 13
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Jongho bangun lebih awal dari biasa. Dia menggosok kedua matanya lalu melihat jam dinding di biliknya.

Jam menunjukkan sekarang sudah pukul 7:30 pagi. Keadaan di dalam biliknya masih lagi gelap kerana kain langsir menghalang cahaya untuk memasuki biliknya.

Wooyoung yang berada di atas katil sebelahnya itu masih lagi nyenyak tidur. Jongho tidak mahu mengejutkan dia sekarang.

Matanya tertumpu pada satu katil yang tidak berpenghuni itu lagi. Ya, katil Yeosang.

Cadarnya yang bewarna merah serta patung hehetmon dia itu masih lagi dalam keadaan kemas. Seolah-olah tidak diusik langsung pun.

Jongho mengeluh seketika. Dia bingkas bangun lalu mengambil tuala yang tergantung di hadapan pintu untuk mandi.

•••••

Selesai sahaja mandi, Jongho berjalan menuju ke dapur. Di situ kelihatan Seonghwa sedang menyediakan sarapan untuk mereka.

"Morning Jjong. Awal kau bangun hari ni," sapa Seonghwa ramah.

"Morning too, hyung. Aku tak dapat tidur sangatlah semalam..." balas Jongho perlahan. Dia mengambil kerusi lalu duduk di hadapan Seonghwa.

"Jjong nak ikut hyung pergi kedai tak? Ada banyak barang yang hyung kena beli ni," ajak Seonghwa seraya melihat jam di telefonnya.

Jongho terdiam seketika. Asalnya dia mahu menolak kerana dia mahu melawat kubur Yeosang selepas sarapan nanti.

Namun jika diingat semula, hampir setiap hari dia melawat. Dia juga tahu bahawa semua abang-abangnya risau akan dirinya.

"Hmm... Bolehlah. Lagipun aku pun nak beli something juga ni," kata Jongho setuju.

Seonghwa tersenyum nipis. Lalu dia menghidangkan makanan kepada Jongho sebelum dia mengejutkan yang lain untuk bangun.

••••••

Seperti yang telah janji, Jongho akan menemani Seonghwa untuk membeli barang di kedai.

Barang yang ingin dibelinya itu agak banyak. Dia mengajak Jongho pun kerana dia mahu suruh Jongho angkat barang nanti.

Dah nama pun maknae raksasa kan? Siapa lagi yang lebih kuat selain daripada Jongho?

Ketika Seonghwa sedang sibuk mencari barang, Jongho merayau-rayau di sekitar kawasan kedai itu.

Rasa bosan itu mula menguasai dirinya. Dia berjalan sehinggalah dia ternampak seseorang yang membuatkan dia terkaku serta merta.

"Yeo-yeosang hyung?"

Jongho menggosok kedua matanya berkali-kali. Adakah dia tersilap lihat?

Dia ternampak seseorang yang menyerupai Yeosang itu berada di hadapannya kini!

"Jongho! Kau pergi mana tadi? Penat hyung cari kau tahu?" marah Seonghwa. Namun dia berasa pelik kerana Jongho kaku seperti patung.

Seonghwa memetik jarinya di depan Jongho. Dia tersedar dari lamunan.

"Yah, kau dah kenapa?" soal Seonghwa pelik.

"Hyung, tu Yeosang hyung ke?" soalan dibalas dengan soalan. Seonghwa berkerut dahi.

"Jongho, kau berhalusinasi lagi ke?" tanya Seonghwa lagi. Takut-takut sekiranya penyakit halusinasi Jongho itu tiba-tiba muncul.

"Ani! Hyung cuba tengok tu!"

Jongho segera menunjukkan Seonghwa orang yang disangka Yeosang tadi.

Seonghwa memandang sekilas. Matanya terbeliak melihat orang itu.

"Mwo?"

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now