✎혼자 24

219 53 10
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"Akhirnya jumpa pun kau, Kang Yeohyun..."

Seorang lelaki tua itu mula memukul Yeohyun dengan kuat. Dengan tenaga yang masih berbaki, dia membalas semula.

Lelaki tua itu tersungkur ke belakang sedikit selepas menerima tumbukkan dari Yeohyun tadi. Dia tersenyum sengih.

"Appa tak tahu malu. Baru pukul sikit dah kebelakang," sindir Yeohyun. Darah yang berada di mulutnya itu mula dikesat dengan baju.

Lelaki tua yang merupakan ayah dia, Tuan Kang memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kau memang tak pernah berubah. Patut kau mampus dengan adik kau tu!" Marahnya. Yeohyun yang mendengar itu mula tertawa seperti orang gila.

"Saya mampus? Memang tak lah. Patutnya appa sendiri yang mampus!" Balasnya lalu mula menolak ayahnya dengan kasar.

Dadanya turun naik menahan geram. Mahu sahaja dia memukul ayahnya itu namun dia di tahan oleh beberapa orang.

Tuan Kang membetulkan semula dirinya. Dia memandang Yeohyun yang sudah dirangkul itu dengan sinis.

"Aku tertanya mana perginya adik kau tu? Dia dah mati ke?" soal Tuan Kang sinis. Yeohyun memandang dia dengan pandangan menjengkelkan.

"Appa takkan dapat jumpa dia. Atau lebih tepat, Yeohun sendiri yang hilang."

Jawab Yeohyun selamba tanpa memandang Tuan Kang. Dia sedaya upaya cuba untuk melepaskan dirinya.

"Dia sendiri hilang? Hmm... Menarik," ujarnya perlahan. Lalu dia mendekatkan dirinya dengan Yeohyun.

"Lagilah mudah kerja aku. Aku seksa kau dulu lepas tu barulah aku cari adik kesayangan kau tu."

Hati Yeohyun mula membara sebaik sahaja mendengar kata-kata ayahnya tadi.

Dengan tenaga yang masih tersimpan, dia meloloskan dirinya daripada gengaman orang itu.

"Appa takkan dapat cari Yeohun! Tak akan!"

Jeritnya lalu dia segera melarikan dirinya setelah perasan orang-orang bawahan Tuan Kang mula mengerja dia.

"Kejar dia sampai dapat! Jangan sampai budak s*al tu terlepas!" Arahnya tegas.

Tuan Kang tersenyum sinis melihat orang bawahan dia sedang mengerja anak sulungnya itu. Mudahlah tugasan dia nanti.

"Sekarang tinggal seorang lagi yang belum selesai. Iaitu adik kesayangan dia..." Ujar Tuan Kang dengan tenang.

••••••

Di dorm, suasana di situ agak sedikit kekok. 99 line mula membawang di dalam bilik YunSan manakala 98 line pula berada dalam bilik.

Jongho pula mengurungkan dirinya dalam bilik. Yeohun tahu Jongho masih lagi belum tenang jadi dia memberikan sedikit ruang untuk Jongho.

"Kau rasa kan Hongjoong hyung tu dah okey ke?" tanya Yunho. Yang lain sekadar membalas dengan mengangkat bahu.

"Mungkin belum?" teka San.

Yeohun sekadar mendengar sahaja perbualan mereka berempat itu.

Kemudian dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Pantas dia mengambil perhatian kawan-kawannya yang lain.

"Korang, aku nak tanya satu soalan ni boleh tak?" soalnya teragak-agak.

"Tanyalah," pelawa Mingi.

"Jongho dulu... Pernah masuk hospital ke?"

Soalan yang dilemparkan oleh Yeohun tadi membuatkan mereka berempat terkaku.

"K-kenapa kau tanya soalan macam tu?" tanya Wooyoung inginkan kepastian.

"Jongho ada cerita kat aku yang Yeosang dah tinggalkan dia masa dia sakit. Aku tertanya Jongho dulu kenapa?" terang Yeohun lebar.

San, Mingi, Yunho dan Wooyoung mengangguk tanda faham. Mulut mereka mula terasa berat untuk menceritakan.

"Tolonglah. Aku nak tahu sangat kenapa," rayu Yeohun.

San menghela nafasnya. Dia memandang Yeohun dengan penuh rasa bersalah.

"Kes Jongho dulu tu... Silap kitorang..."

Yeohun terangkat kening tanda hairan. Dia tidak faham.

"Maksud korang?"

"Silap kitorang sebab tak jaga Jongho dulu..."

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now