••••••
"Okey rehat!"
Kata seorang jurulatih kepada mereka bertujuh.
Setelah beberapa jam mereka berlatih, akhirnya dapat juga mereka diberikan masa untuk berehat seketika.
"Yah! Air aku!" Marah Mingi selepas sahaja botol airnya dirampas oleh Wooyoung.
"Ala minta sikit jer!"
San sudah terbaring di atas lantai bersama Yunho. Dengan malas, dia mengesot dirinya untuk mengambil botol air yang terletak jauh sedikit darinya.
Jongho yang sedang duduk rehat itu melilau keadaan sekeliling. Dia hanya tercari-cari di mana keberadaan Yeohun.
"Hongjoong hyung, Yeohun hyung mana?" soal Jongho dengan nada separuh jerit.
"Dia kat bilik vokal kot," jawab Hongjoong turut dengan nada separuh jerit.
Dia mahu baring di atas paha Seonghwa tetapi Seonghwa terlebih dahulu melarikan dirinya ke tempat lain.
"Yah! Park Seonghwa sinilah!" panggil Hongjoong dengan nada manja. Seonghwa mencebik.
"Eh tak nak aku!"
Jongho membangunkan dirinya untuk mencari Yeohun. Abang dia yang lain semua sedang buat kerja sendiri. Dia pula tidak tahu mahu biat apa.
••••••
Yeohun kini sedang buat kerjanya dengan fokus selepas sahaja Eden menyerahkan beberapa tugasan padanya tadi.
Dia memilih untuk buat kerjanya di bilik vokal. Baginya, di sini aman dan tidak menganggu.
Ketika dia begitu fokus dengan kerjanya, pintu bilik itu diketuk oleh seseorang.
"Masuk."
Tanpa memandang ke belakang, Yeohun menyuruh orang itu untuk masuk.
"Yeohun hyung sibuk ke sekarang?"
Pantas dia menoleh ke belakang setelah orang itu bertanya.
"Ah... Jongho-ya, ada apa ke sini?" tanya Yeohun setelah dapat tahu bahawa Jongho yang mengetuk pintu bilik tadi.
"Aku ingat nak lepak dengan hyung kejap. Tapi aku tengok hyung macam sibuk so tak jadilah," terang Jongho lebar.
Baru sahaja dia mahu melangkah kakinya untuk keluar, Yeohun pantas menghalang.
"Ani! Jomlah lepak dengan hyung. Hyung pun baru nak rehat ni," katanya.
Jongho tersenyum lebar. Gembira hatinya selepas mendengar ajakkan dari Yeohun tadi.
Dia mengambil sebuah kerusi untuk duduk di sebelah Yeohun. Semua tugasan itu ditatap seketika.
"Macam banyak jer kerja hyung tu," ujar Jongho.
"Tak lah banyak sangat. Mana yang lain?" Jawabnya dan pada masa yang sama bertanya pada Jongho semula.
"Ada jer kat practice room tengah rehat."
Yeohun mengangguk kecil tanda faham. Nampaknya sekarang mereka sedang rehat. Pasti mereka letih bukan?
"Jjong lapar tak? Kalau lapar hyung boleh tolong belikan," kata Yeohun secara tiba-tiba.
Dia bercadang mahu membeli makanan untuk semua kawan-kawannya. Setidaknya, mereka dapat mengalas perut sedikit.
"Lapar jugalah..."
"Kalau macam tu hyung pergi beli makanan dulu. Kau tunggu kat practice room tu ya?"
Yeohun segera menutup komputer dia laku bingkas bangun untuk pergi ke bawah untuk membeli makanan.
Jongho pula masih terkaku di situ. Dia tidak tahu mengapa Yeohun begitu baik dengan mereka semua.
Sikap dia sama seperti Yeosang... Suka menolong orang tanpa perlu disuruh pun.
••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...