✎혼자 26

223 51 11
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Air mata Yunho mula jatuh setelah menceritakan kisah dua tahun lepas kepada Yeohun.

Entah mengapa setiap kali dia teringatkan kisah itu, dia akan menangis. Baginya ia amat perit walaupun semua kawannya juga turut sedih.

"Ja-jadi orang yang langgar Yeosang dulu tu dah kena tangkap atau belum?" tanya Yeohun tergagap.

"Polis tak jumpa... Orang yang langgar Yeosang tu terus larikan diri. Sampai sekarang tak jumpa so kes Yeosang tu terpaksa ditutup," jawab Mingi perlahan membuatkan Yeohun terdiam seketika.

San segera memujuk Yunho untuk berhenti menangis. Bukan dia seorang sahaja sedih, mereka juga sama.

"Lebih menyedihkan lagi, Yeosang tinggalkan Jongho pada hari yang sama dia sedar dari koma." Tambah Wooyoung membuatkan dia terkejut.

"Mwo? Habis tu macam manalah dia masa tu?" soalnya sungguh-sungguh.

"Kitorang terpaksa tipu Jongho yang Yeosang bercuti selama beberapa hari masa dia koma dulu. Then, tak lama selepas tu kitorang perasan yang dia selalu bercakap seorang diri. Kitorang syak yang dia berhalusinasi so kitorang terpaksa beritahu perkara yang sebenar."

Cerita Wooyoung lebar. Yeohun mengangguk tanda faham.

Dia tidak menyangka pula bahawa begitu perit Jongho alami ketika dulu. Pasti susahkan dia masa itu.

"Yuyu, dah-dah lah tu." pujuk San perlahan sambil mengusap belakang dia.

"A-aku tak dapat... Kalau aku tahu benda tu akan berlaku, pasti aku akan halang Yeosang dulu..." katanya dengan suara yang serak. Sesekali dia tersedu seda akibat sisa tanggisan dia itu.

Yeohun memandang dia dengan pandangan sayu. Jika Yunho menangis setiap kali teringatkan kisah dulu, bagaimana pula dengan Jongho yang lebih rapat dengan Yeosang?

Sungguh ini amat menyedihkan baginya...

••••••

"Nae, Jongho-shi. Hari ni kita nak buat apa?"

"Jom kita cuba game ni. Aku dengar game tu boleh tahan famous."

"Okey! Hyung takkan bagi kau peluang untuk menang!"

"Amboi hyung!"

Jongho sedang melihat semula live yang dia pernah buat bersama mendiang Yeosang dulu.

Waktu itu mereka kelihatan sangat seronok. Sesekali dia tertawa setiap kali melihat lawak yang mendiang Yeosang buat dulu.

Kemudian, pintu biliknya itu dibuka oleh seseorang. Kelihatan Yeohun sedang menjejakkan kakinya di dalam bilik. Jongho tersenyum.

"Jjong, buat apa tu?" tegur Yeohun ramah lalu duduk di sebelah dia.

"Tengah tengok live yang aku pernah buat dengan Yeosang hyung," jawabnya.

"Kau dah rasa okey sikit kan?" soal Yeohun inginkan kepastian. Jongho sekadar membalas dengan anggukkan sahaja.

"Hyung risau fasal Jjong ehh?" tanya Jongho nakal. Yeohun membalas dengan gelengan.

"Ani. Siapa kata aku risau fasal kau?" nafinya.

"Halah hyung. Nak tipu tu agak-agaklah. Ingat aku ni tak tahu ke?"

Yeohun tertawa setelah mendengar balasan Jongho tadi. Tahu-tahu sahaja dia itu.

"Ni, hyung nak ajak kau main game. Kau nak tak?" ajaknya membuatkan Jongho naik teruja.

"Nak nak! Jomlah hyung!"

"Okey."

Mereka pun bermain online game bersama dalam bilik. Yeohun sengaja mahu ajak dia bermain supaya Jongho dapat lupakan tentang kisah dulu.

Dia hanya mahu Jongho gembira. Itu sahaja.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now