✎혼자 28

223 48 18
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Okey! Suara kau memang sedap! Suka aku dengar!"

Hongjoong tidak habis-habis memuji suara Yeohun. Dia sudah tersipu-sipu malu.

"Biasa jer lah hyung," kata Yeohun dengan mukanya ditutup oleh kertas lirik.

"Betul apa. Kau sepatutnya join kitorang tahu," ujar Hongjoong lagi.

Yeohun sekadar tersenyum. Dia tidak pernah terfikir pun mahu jadi trainee selama hidupnya ini. Selama ini dia hanya buat apa yang dia suka sahaja.

Sedang leka mereka berdua berbual, Seonghwa tiba-tiba masuk ke dalam bilik vokal.

"Yeohun!"

"Huh? Kenapa?"

Dia terkejut. Sudahlah tadi main terjah jer masuk, sekarang tiba-tiba jerit nama orang. Buat sakit jantung sahaja.

"Kau kena pergi practice room sekarang! Ada benda kitorang nak cakap ni!"

Katanya laku menarik tangan Yeohun dan Hongjoong dengan paksa supaya pergi ke practice room.

Mereka keliru tetapi mereka hanya akur sahaja. Mungkin ada sesuatu yang sudah berlaku tetapi mereka tidak tahu.

••••••

99line dan Jongho menunggu ketibaan Yeohun, Seonghwa dan Hongjoong di practice room.

"Mana diorang ni?" cemuh Wooyoung.

"Kejap lagi datanglah tu," sampuk Wooyoung.

Tidak lama selepas itu, Seonghwa tiba di practice room bersama Yeohun dan Hongjoong.

"Haa, sampai pun korang."

"Sorry lah. Tadi aku pergi tandas," balas Seonghwa lalu duduk di sebelah Mingi.

Hongjoong mengambil tempat untuk duduk di sebelah Wooyoung manakala Yeohun pula duduk di sebelah Jongho.

Dia tidak tahu mengapa Seonghwa tadi memaksa dia dan Hongjoong untuk datang ke sini.

"Ada apa ni?" soalnya ingin tahu.

Yunho mengambil nafas seketika sebelum menjawab soalan yang telah dilemparkan oleh Yeohun tadi.

"Aku dengan Jongho tadi ternampak hyung kau kat tepi lorong kedai 7E," katanya membuatkan Yeohun tergamam.

"Seriuslah?" tanya Hongjoong terkejut. Jongho mengangguk.

"Haah. Masa tu kitorang nak balik ke sini. Lepas tu Yunho hyung tarik aku untuk bersembunyi sebab dia ternampak seseorang kat sana," ceritanya ringkas.

"Kejap, kau pasti ke tu abang Yeohun?" Seonghwa mencelah.

"Teramat pasti! Aku dan Mingi pernah tengok abang dia tendang Yeohun depan mata kitorang sendiri," jawab Yunho sungguh-sungguh.

Mulut Yeohun seakan-akan terkunci setelah Yunho beritahu bahawa mereka terjumpa abangnya di sana.

Entah mengapa dia berasa sangat takut sekarang. Dia dapat rasakan dirinya dalam bahaya.

"Jadi... Dia sekarang tengah cari Yeohun kan?" teka Mingi. Yunho mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mungkin juga... Sebab Yeohun datang sini tanpa pengetahuan dia," sampuk San.

Jongho perasan bahawa Yeohun dari tadi diam membisu. Mukanya juga menunduk ke bawah melihat lantai. Dia mula berasa risau.

"Yang penting sekarang ni, kita kena jaga Yeohun hyung. Dia mungkin dalam bahaya sekarang tanpa kita sedar," kata Jongho membuatkan yang lain semua tertumpu ke arah dia.

"Jadi maksudnya kita tak boleh biarkan Yeohun seorang diri kan?" teka Wooyoung. Jongho mengangguk.

"Kalau macam tu, aku takkan biarkan Yeohun kerja kat sini sampai lewat malam." Ujar Hongjoong setelah mendengar kata-kata Jongho tadi.

"Termasuklah kau sekali." Seonghwa tiba-tiba menyampuk membuatkan yang lain mula tertawa.

Hongjoong tersengih. Sesekali dia mencubit lengan Seonghwa kuat sedikit. Seonghwa mengaduh sakit.

"Sakitlah pendek!"

"Pendek kau panggil aku?"

Ketika yang lain sedang tertawa, Yeohun sekadar tersenyum sahaja.

Hatinya masih lagi tidak tenang. Adakah abangnya mahu mencari dia hanya disebabkan duit? Atau perkara yang lain?

Lalu dia menyelak sedikit lengan bajunya untuk melihat kesan torehan yang telah dia buat. Dia termenung seketika.

"Apa patut aku buat sekarang?"

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now