✎혼자 21

224 51 13
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Yeohun membuka kedua-dua matanya. Dia hairan melihat keadaan di sekeliling dia.

"Huh? Aku kat mana ni?"

Apa yang dia lihat sekarang ialah dia berada di luar hospital. Cuaca pada waktu itu hujan lebat namun dirinya tidak terasa basah pun.

"Jongho, hyung balik dulu ya? Lain kali hyung lawat kau lagi..."

Pantas Yeohun menoleh kearah empunya suara tadi. Matanya terbutang melihat seseorang yang kini berjalan keluar dari hospital.

"Yeosang?"

Dia lihat Yeosang kini sedang buka payung dia dan berjalan untuk pulang ke dorm.

Cuaca pada masa itu sangat teruk. Hujan turun begitu lebat dan angin juga bertiup dengan kencang.

Dia mahu mendapatkan Yeosang namun setiap kali dia mahu menyentuh Yeosang, tangan dia tertimbus.

"A-apa?"

Pada masa yang sama, payung yang dipegang Yeosang tadi mula terlepas dari tangan dia. Pantas dia mengejar untuk mengambil semula payung dia.

Namun, dia tidak sedar bahawa ada sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Dia terpelanting jauh dari kereta tersebut.

"YEOSANG!"

Yeohun menekup mulutnya dengan kedua-dua tangan dia. Yeosang sudah terbaring kaku di hadapan dia dengan darah yang mengalir keluar dari badan miliknya.

Namun, dia terdengar sesuatu yang keluar dari mulut Yeosang.

"J-Jon...Jongho ya..."

Selepas sahaja itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. Suasana di sana mula kecoh.

••••••

"Ahh!"

Mingi dan San terkejut selepas mendengar Yeohun terjerit tadi. Pantas mereka menghampiri dia.

"Yeohun-ya? Kau okey?"

"Dah sedar pun kau..."

Yeohun keliru. Apa maksud mereka bahawa dia sudah sedar?

"Huh? Aku kat mana ni?" Yeohun menukar posisi dia daripada baring kepada duduk.

"Kat bilik rawatan. Kau pengsan masa kau buat kerja tadi," beritahu San. Yeohun mengerdipkan kedua-dua matanya.

"Eh? Aku... Pengsan?" soalnya keliru.

"Haah. Masa Wooyoung nak ajak kau makan, dia terkejut tengok kau terbaring kat bilik vokal tu. Lepas tu kitorang pun teruslah bawa kau ke sini," cerita Mingi lebar membuatkan Yeohun terdiam seribu bahasa.

Dia tidak sedar pun bahawa dia pengsan tadi. Adakah sebab dia penat? Ataupun sebab tidak cukup tidur? Dia langsung tidak tahu apakah puncanya.

"Kau rehat dulu lah. Kitorang ada belikan makanan untuk kau," kata San lagi.

"Ahh... Okey. Gomawo," ucapnya ringkas.

Mingi dan San membuka langkah meninggalkan Yeohun seorang diri di bilik rawatan.

Mereka perlu ke practice room semula kerana masa rehat mereka sudah habis. Malah, mereka perlu sambung semula latihan mereka yang terhenti tadi.

Yeohun pula yang masih di bilik rawatan itu mula bermain dengan jari jemarinya.

Dia masih teringatkan tentang mimpinya tadi. Mimpi yang dia lihat Yeosang mati di depan matanya sendiri.

"Adakah tu punca kematian Yeosang?" gumamnya dalam hati.

Namun, ada satu persoalan dalam kepala dia membuatkan dia rasa pelik.

"Kenapa dia sebut nama Jongho masa tu? Apa yang dah berlaku kat Jongho dulu?"

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now