•••••••
Yeohun terbangun dari pengsan dia. Dia terkejut melihat keadaan di sekeliling dia berwarna putih.
"Huh? Aku kat mana ni?" gumamnya. Dia seperti berada di sebuah bilik putih yang kosong.
"Kang Yeohun..."
Dia menoleh ke arah pemilik suara tadi. Dia terkejut melihat kelibat Yeosang berada di belakang dia.
"Yeo-Yeosang?"
"Kau terkejut ke?"
Yeohun mengangguk kecil. Dia melilau melihat keadaan di sekeliling dia.
"Aku kat mana ni? Kenapa semuanya putih ni?" soal Yeohun bertubi-tubi. Namun, soalan dia itu tidak dijawab oleh Yeosang.
Kemudian, Yeohun mula menangis secara tiba-tiba. Yeosang tersentak sedikit.
"Kenapa kau menangis?" soalnya sedikit pelik.
"A-aku minta maaf... Aku tak dapat tunaikan janji kita tu... Aku tak dapat jaga Jongho macam mana kau jaga dia dulu..."
Luah Yeohun dengan suara yang serak. Habis air matanya mengalir deras membasahi pipi dia.
Yeosang tersenyum kelat. Sesekali dia mengusap belakang Yeohun lembut.
"Kau dah tunaikan janji aku tu pun," kata Yeosang membuatkan Yeohun keliru.
"Huh?"
"Kau tahu? Dunia ni terlalu kejam untuk orang yang baik macam kau. Kau dibunuh oleh ayah kau sendiri manakala aku pula jadi mangsa keadaan."
Yeohun tersentak dengan kata-kata Yeosang tadi.
Dibunuh dengan ayah sendiri? Adakah itu bermaksud...
"A-aku dah--"
Yeosang mengangguk kecil. Yeohun terdiam seribu bahasa. Kakinya mula terasa lemah lalu dia terduduk.
"Sedih kan? Macam itulah aku rasa..." kata Yeosang lagi.
Yeohun tidak membalas. Dia mula menangis lagi. Dia juga tidak habis-habis menyalahkan dirinya kerana terlalu lemah.
Lantas Yeosang cuba untuk menenangkan Yeohun. Dia mengusap kepala Yeohun lembut.
"Banyak benda kau dah alami dulu... Tak sangka orang baik macam kau terpaksa hadap semua itu. Tapi sekarang, kau dah bebas dari semua derita tu..."
"Kau mungkin rasa diri kau tak berguna. Tapi percayalah kata aku ni, akan ada seseorang yang akan rindukan orang macam kau..."
"Si-siapa?" soalnya serak.
Yeosang tidak menjawab. Dia munghulurkan tangan dia ke arah Yeohun.
"Kau sendiri tahu. Jomlah kita keluar dari sini," ujar Yeosang perlahan.
Yeohun sekadar akur sahaja. Tangan Yeosang tadi pantas dicapai. Lalu keadaan di sekeliling dia mula bercahaya.
•••••••
Hongjoong dan yang lain kini menunggu di luar bilik wad kecemasan. Seonghwa juga dari tadi asyik mundar-mandir.
Tidak lama kemudian, seorang doktor melangkah keluar dari bilik wad itu dengan riak wajah yang sedi. Mereka pantas menghampiri doktor itu.
"Doktor, macam mana dengan keadaan kawan kami?" soal San ingin tahu.
Doktor itu menghela nafas yang berat. Sungguh baginya sukar untuk dia menjawab.
"Saya minta maaf... Kawan kamu tu tak dapat diselamatkan... Dia kehilangan banyak darah..."
Jantung mereka seolah-olah mahu tercabut sebaik sahaja mendengar kata-kata doktor yang merawat itu tadi.
"Doktor tipu kan? Cakaplah tu semua tipu!" Wooyoung hampir mahu menyerang doktor itu. Namun, Seonghwa sempat menghalang dia.
"Wooyoung, bertenang!"
"Macam mana nak tenang?" marahnya.
Tanpa berkata apa, Jongho dan yang lain terus masuk ke dalam bilik wad itu. Dia mula menangis sebaik sahaja melihat Yeohun sudah tidak bernyawa lagi.
"Hyung... Hyung janji tak tinggalkan aku..."
"Hyung bangunlah... Jebal..."
Jongho menangis teresak-esak sambil memegang tangan Yeohun. Yunho dan Hongjoong yang berada di situ juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedih mereka.
Sungguh rasanya amat perit. Ini merupakan kali kedua mereka menangis kerana kehilangan orang yang mereka sayang.
Jika dulu Yeosang meninggalkan mereka, kini Yeohun pula...
•••••••
YOU ARE READING
[C] LONE : Eternally ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Kenapa dunia ni begitu kejam pada orang yang ada hati suci macam hyung?❞ Kisah sambungan dari LONE ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 9 February 2021 End : 28 February 2021 Cover : Thanks @babyt...