✎혼자 14

236 51 13
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Niat Jongho untuk membawa Yeohun berjalan petang ini terpaksa dibatalkan.

Yeohun masih lagi sedih. Dia tidak dapat menyembunyikan bagaimana peritnya rasa selepas dibuang kerja. Rasanya seperti ditikam dengan pisau.

Walaupun Jongho sudah banyak kali cuba untuk menenangkan dia, namun ia tidak berjaya. Yeohun mengurungkan dirinya dalam bilik.

"Jadi, kau kata yang Yeohun baru jer dibuang kerja?" soal Wooyoung kepada Jongho.

Kini mereka semua berada di ruang tamu. Jongho menceritakan apa yang sudah berlaku pada Yeohun pagi tadi.

"Kasihan dia. Dah lah hari tu dia kena belasah dengan abangnya, sekarang dibuang kerja pula." Mingi mula bersimpati. Begitu juga dengan yang lain.

"Tak apa lah. Bagi dia masa untuk tenangkan diri dia dulu," cadang Seonghwa.

Jongho mengeluh. Dia mahu menolong Yeohun tetapi dia tidak tahu bagaimana.

Mungkin dia patut ikut kata Seonghwa. Berikan Yeohun sedikit masa untuk dia tenangkan diri. Mungkin dengan cara begitu, Yeohun akan rasa okey semula.

"Jomlah kita sambung balik berlatih," ajak San.

Mereka akur lalu bingkas bangun untuk keluar dari dorm. Mereka perlu pergi ke studio untuk meneruskan latihan mereka.

••••••

Setelah beberapa jam sudah berlalu, mereka semua tiba di dorm dengan keadaan yang sangat letih.

Wooyoung dan San terus merebahkan diri mereka di atas lantai. Sementara Yunho dan Mingi pula duduk di atas sofa. Belum sampai seminit lagi mereka berempat sudah terlelap.

Seonghwa dan Hongjoong belum pulang lagi. Mereka masih lagi berada di studio kerana mereka masih ada kerja yang perlu dilakukan.

Jongho pula baru sahaja selesai basahkan tekaknya tadi. Dia lihat semua abangnya sudah tertidur di ruang tamu.

Dia tergeleng kepala. Lalu dia memulaskan tombol pintu biliknya untuk masuk.

Kelihatan Yeohun sudah terlelap di atas katil sambil memeluk patung hehetmon milik mendiang Yeosang. Kedua matanya sudah bengkak akibat menangis tadi.

Jongho tersenyum kelat. Dia mengusap rambut Yeohun lembut sebelum dia merebahkan dirinya di atas katilnya.

Dia belum rasa mengantuk lagi. Dia bermain telefon dia untuk menghilangkan rasa bosan melanda.

"Jongho?"

Pantas Jongho menoleh ke kirinya. Yeohun sudah terbangun dari lenanya. Dia mula mengeliat seketika.

"Nae hyung?"

"Korang baru balik ke?" soalnya dalam keadaan separuh mamai. Jongho membalas dengan anggukkan kecil.

"Hyung... Dah okey ke?" soal Jongho semula. Yeohun tersenyum kelat.

"Dah okeylah sikit. Mianhae sebab tak dapat tunaikan janji kita tadi," ucapnya perlahan. Rasa bersalah itu mula menguasai dalam dirinya.

"Eh, tak apa lah hyung. Benda tu tak penting pun. Yang penting sekarang ni hyung tenangkan diri hyung jer."

Kata Jongho lebar. Dia tidak mahu apa-apa. Apa yang penting baginya sekarang hanyalah Yeohun sahaja.

Yeohun yang mendengar itu berasa terharu. Dia tidak menyangka pula bahawa Jongho mengambil berat tentang dirinya.

"Gomawo, Jongho-ya." ucapnya perlahan.

"Untuk apa? Aku tak buat apa-apa pun," kata Jongho keliru.

"Sebab ambil berat fasal hyung..."

Jongho tersenyum kecil. Begitu juga dengan Yeohun.

"Nae..."

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now